Nur

Habis Je Beri Salam Sesudah Solat Terus Sapu Muka, Ada Ke Hadis Nabi Buat?

4
SHARES
sapu muka selepas salam

Menyapu muka selepas salam, adalah perbuatan yang biasa dilakukan orang Islam sesudah habis menunaikan solat. Namun, adakah terdapat hadis Nabi Muhammad SAW melakukan perbuatan sapu muka selepas salam?

Ikuti penjelasan lanjut mengenai perihal tersebut, seperti dikongsikan Ustaz Azhar Idrus di bawah.

Baca juga: Amalan & Doa ‘Pagar Rumah’, Buat Ini Pada Pintu Tiap Kali Nak Keluar!

SAPU MUKA SELEPAS SALAM

sapu muka selepas salam

ADA ATAU TIDAK HADIS SAPU MUKA SELEPAS SOLAT?

“Sebenarnya ada atau tidak hadis Nabi menyapu mukanya selepas solat kerana banyak saya dengar kata orang bahawa perbuatan tersebut tidak ada di sebut pada mana-mana kitab hadis dan Nabi tidak pernah melakukannya?”

Baca juga: Hukum Kanak-Kanak Solat Saf Hadapan Bersama Orang Dewasa, Minta Pergi Belakang Ke?

Jawapan:

Hadis yang menceritakan Nabi sollallahu alaihi wasallam menyapu dahinya selepas selesai daripada solat yang sebetulnya ada, iaitu hadith yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.

Beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ يَقُولُ: بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْغَمَّ وَالْحَزَنَ

Ertinya: “Adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam apabila telah selesai menunaikan solatnya baginda menyapu akan dahinya dengan tangannya yang kanan kemudian mengucapkan: Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia yang maha pemurah maha pengasih. Ya Allah hilangkan daripada aku akan keluh kesah dan kesedihan.”

Baca juga: Hukum Mencabut & Mewarna Putih UBAN Kepada Warna Lain!

Hadis ini telah dikeluarkan oleh Imam At-Tabarani pada kitab Al-Mu’jam Al-Ausath hadis bernombor 2499 dan pada kitab Ad-Du’a’ hadith bernombor 659.

Dan hadis ini dikeluarkan juga oleh Imam Ibnu Sunni pada kitab ‘Amal Al-Yaum Wa Al-Lailah hadis bernombor 112.

Dan hadis ini juga ada dikeluarkan oleh Imam Abu Nu’aim Al-Asbihani pada kitab Hilyah Aulia’ dengan lafaz:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ §إِذَا سَلَّمَ مِنْ صَلَاتِهِ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى

Ertinya: “Adalah Rasulullah sollalahu alaihi wasallam apabila telah memberi salam dari solatnya baginda menyapu akan dahinya dengan tangannya yang kanan.”

Wallahua’lam.

Baca juga: Hukum Ucap Sadaqallah Al-‘Azheem Selepas Baca Quran!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: Pexels/Alena Darmel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×