Kebelakangan ini, kes isteri menjadi mangsa penderaan dan keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi. Apa yang menyedihkan, ia membawa kepada jenayah pembunuhan oleh tindakan suami yang hilang kewarasan ‘bertuhankan’ nafsu hasutan syaitan.
Pesan Nadia Hazmi, buat isteri yang didera carilah ‘kunci keluar‘ daripada berterusan menjadi mangsa lelaki durjana ini. Jadilah bijak dan rajin mencari ilmu. Wanita berilmu adalah kekuatan kepada sebuah keberanian supaya diri ‘tidak dipijak’ sewenangnya.
Baca juga: “Bukan Dosa Kecil Tapi Dosa Besar”- Balik Kampung Jangan Per’hamba’kan Ibu Bapa
MANGSA PENDERAAN RUMAH TANGGA CARILAH KUNCI KELUAR
Jangan sampai nyawa anda tergadai menjadi taruhan dan meninggalkan anak-anak yang dikandung sembilan bulan ditangan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Justeru itu, ikuti penulisan penuh makna daripada seorang kaunselor di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik ini.
Baca juga: Lelaki Setia Dapat Tahu Kekasih Hidap Kanser, Temani Hingga Meninggal Dunia Sebagai Isterinya!
Baca juga: Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya Pemalas, Tapi…
Mati bukanlah penamat sebuah derita
Sejak hari pertama berita ini melintas di newsfeed, setiap kali itulah hati ni rasa hancur berkeping-keping.
Wahai lelaki durjana yang bertuhankan NAFSU, Kau renunglah wajah anak-anak darah dagingmu yang tak mengerti apa. Yang masih sangat perlukan belaian kasih-sayang seorang ibu. Ibu yang menanggung deritanya seorang diri. Dalam diam tak siapa pun yang tahu.
Baca petikan perenggan dalam berita tersebut:
“Kematian seorang ibu muda kepada empat orang anak di sebuah rumah flat di Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad minggu lalu telah membongkar kisah penderitaannya selama ini yang dipercayai sering didera suaminya. Adik perempuan kepada ibu muda itu mendakwa, berdasarkan cerita daripada anak kakaknya itu, bapa mereka dipercayai sering memukul wanita yang berusia 28 tahun tersebut sehingga mereka menangis ketakutan. Bagaimanapun, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Aliya memberitahu, kejadian tersebut langsung tidak diketahui oleh keluarga ketika itu.”
Dia menderita sendirian
She suffered ALONE.
Demi menjaga hati keluarga dan suami durjana. Bersendirian memendam yang mungkin membuatkan dia cuba meluah dan meletus dengan “terbukanya AIB” suaminya yang curang di medsos (media sosial)…yang dikecam sebagai isteri yang membuka aib suami oleh sesetengah pengulas yang bajet mulia.
Deritanya kini berakhir, bertemu jalan keluar, bukan di dunia tapi terus ke alam abadi. Namun apa nasib anak-anak kecil yang ditingggalkan?
Derita tidak terhenti dengan kematian itu.
Kesan emosi dalam pembesaran emosi anak-anak yang menyaksikan dengan mata dan hati penderaan dari BAPA KANDUNG MEREKA SENDIRI SEHINGGA MERAGUT NYAWA IBU TERRSAYANG. Bayangkan perasaan mereka sepanjang hidup.
Hancur, luluh, hilang tempat mengadu dan TRAUMA.
Duhai ibu-ibu yang menderita…
Pernah juga akak menulis sebelum ini tentang ini.
Duhai ibu-ibu yang menderita hidupnya terkandas dalam rumah tangga yang TOKSIK, sudah-sudahlah ibu.
Ini yang pernah akak sebut dulu, ‘orang kita’ lebih sanggup mati didera suami dari mati tak bersuami. Please la, tolong hentikan. Bergegar pun tiang arasy bila isteri menuntut hak penceraian dari suami, namun Islam tidak pernah zalim pada wanita.
Hanya kita yang menzalimi diri sendiri dan takut menderita hidup dalam stigma masyarakat yang jumud memandang rendah pada ibu tunggal.
Ibu-ibu carilah ilmu, jangan biarkan diri digantung tak bertali, diikat atas nama-nama perkahwinan untuk menjadi ‘punching bag’ si Dayus tak berguna.
Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!
Baca juga: Suami Ini Rasa Berdosa Marahkan Isteri Kerana RM20, Sedih Bila Tahu Kisah Sebenar…
Amatilah lafaz taklik yang tertera di belakang sijil nikah
Ada banyak jalan keluar selain menuntut cerai, ada juga option kedua iaitu tuntutan FASAKH.
Mohon teliti dan amati lafaz TAKLIK yang tertulis dibelakang sijil nikah kita kerana di situ ada tersembunyi “kunci keluar”…yang mampu membantu puan dari terus dikhianati, disakiti, diekplotasi dan diperhambakan dan akhirnya mati dengan percuma. Tak berbaloi pun.
Ingatlah… Anak-anak tak mampu memilih siapakah bapa mereka, tapi kitalah penentu acuan mana yang patut mereka tempa.
Jangan lemah puan-puan. Pandang wajah dan mata anak-anak yang lebih memerlukan kita berbanding mempertahankan si bapa durjana.
Betapa pentingnya ilmu, maka jangan penat mencari!
Ibu-ibu… Zaman kita sekarang memang sangat perlu untuk kita berilmu, berdiri di atas kaki sendiri, bukan untuk ego tak perlukan suami, tapi zaman ini ramai lelaki yang sudah ‘rosak’.
Perkasakanlah diri seiring zaman, didiklah anak lelaki kita untuk tidak menyakiti kaum ibunya iaitu wanita tak kira siapa. Kita berhak hidup gembira, berhak hidup bahagia, berhak dibimbing dan disayangi.
Selamat Hari Ibu 2022
Nota Kaki: Ramai pula yang tanya, si penyondol tu apa cerita? Persetankan saja tentang dia, sebab ulat sampah memang bersama bangkai dan longgokan sampah saja layaknya. Saksikan saja dia membusuk dimakan usia bernoda.
Kita? jadilah seperti kepompong sutera yang struggle membebaskan diri dan akhirnya terbang seindah rama-rama.
Menulis dari hati, Nadia Hazmi.
Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!
Sumber: Facebook Nadia Hazmi
FT Image: mytvonline / AWANI