40 Minggu

Rupa-Rupanya Ini Maksud Di Sebalik Warna Susu Badan…

3
SHARES

“Eh, kenapa warna susu badan aku lain ni? Ada masalah ke?”

Buat ibu yang tengah melalui proses menyusukan anak dengan susu badan, pastinya akan memperhatikan warna susu. Kadang-kadang warna susu badan akan menjadi putih dan kadang-kadang akan menjadi kekuningan.

RUPA-RUPANYA INI MAKSUD DI SEBALIK WARNA SUSU BADAN

Tahukah anda terdapat pelbagai variasi warna susu ibu? Biasanya, warna susu ibu adalah putih, kuning, putih kebiruan. Tetapi, ada juga warna lain yang boleh ditemukan seperti pink, hijau dan coklat kehitaman. #tipsmenyusudocmummy #MedTweetMY

Artikel berkaitan: Kenapa Susu Badan Saya Warna Hijau? Pakar Nutrisi Jelas Maksud Warna Susu Badan Ibu

warna susu ibu

1.Pink/ merah

warna susu

Makanan yang mengandungi pewarna merah atau ubi bit merah (beetroot) boleh mengubah warna susu menjadi warna merah jambu.Susu yang bercampur darah akibat luka di puting boleh menjadi warna merah jambu. Sedikit darah di dalam susu ibu tidak membahayakan bayi. Biasanya ia akan baik selepas beberapa hari. Sapukan susu sebelum dan selepas mengosongkan payudara atau boleh guna krim puting payudara.

2.Kuning

Kolostrum biasanya berwarna kuning terang dan pekat.

3.Putih kebiruan

Susu matang terbahagi kepada dua, iaitu Foremilk dan Hindmilk. Foremilk biasanya warna putih kebiruan.

4.Putih krim

Hindmilk pula adalah susu akhir yang kaya lemak. Oleh kerana itu ia kelihatan putih pekat dan malah ada yang berwarna kekuningan.

5.Hijau

Ibu yang makan terlalu banyak sayur hijau atau makanan mengandungi pewarna hijau kadang- kadang akan nampak susu sedikit kehijauan. Susu ini selamat diminum dan tidak menganggu penghadaman bayi.

Tetapi, awas ye ibu- ibu. Jika susu pekat kuning kehijauan itu adalah kerana nanah akibat jangkitan kuman di payudara. Susu ini tidak selamat diminum dan harus dirawat segera.

6.Warna karat

warna susu

Kadangkala, saluran susu di payudara boleh pecah dan menghasilkan susu berwarna seperti besi berkarat atau kecoklatan. Ini adalah keadaan yang disebut ‘rusty pipe syndrome’. Hal ini juga biasanya bersifat sementara. Ia akan baik setelah beberapa hari.

Ada segelintir bayi yang mengalami sakit perut akibat susu bercampur darah. Maka, ibu terpaksa buang dan berikan semula setelah susu kembali ke warna normal.

Nanah boleh terjadi di dalam atau di permukaan payudara. Kalau susu hijau pekat tu nanah dari dalam saluran susu. Kalau di permukaan, kulit akan kemerahan berkilat dan ada ketulan lembik, sakit dan demam.

Sumber: DocMummy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×