40 Minggu

“Kenapa Susu Badan Saya Warna Hijau?”- Pakar Nutrisi Jelas Maksud Warna Susu Badan Ibu

421
SHARES

“Eh, kenapa warna susu badan aku lain ni? Ada masalah ke?”

Buat ibu yang tengah melalui proses menyusukan anak dengan susu badan, pastinya akan memperhatikan warna susu. Kadang-kadang warna susu badan akan menjadi putih dan kadang-kadang akan menjadi kekuningan. Namun, ada juga situasi dimana susu badan anda akan bertukar menjadi warna yang anda sendiri akan gerun. Okay ke tidak susu badan bertukar menjadi warna hijau?

Jadi, ini penjelasan dari pakar nutrisi supaya mak-mak semua tak terkejut bila menyusukan anak.

MACAM MACAM WARNA SUSU IBU

Eh bukan warna putih saja? Pernah warna susu ibu/susu perahan selain warna putih? Jom kita lihat apa maksud warna warna lain ni.

1.Warna biru/clear

Ini adalah foremilk. Foremilk adalah susu yang dikeluarkan waktu awal pump/menyusu dan ia lebih cair serta rendah kemak berbanding dengan hindmilk. Foremilk adalah untuk melegakan dahaga baby.

2.Kuning

Jangan risau ini mungkin adalah colustrum. Susu pertama yang dihasilkan oleh badan dan sangat berkhasiat kerana ia mengandungi banyak antibodi untuk baby waktu selepas bersalin. Atau anda telah mengambil makanan yang tinggi beta carotene seperti lobak merah, labu. Ada juga susu ibu yang tukar kepada warna kuning setelah dibekukan.

3.Hijau

Ada kemungkinan anda makan terlalu banyak sayur yang mengandungi warna hijau seperti bayam, seaweed, kailan dan juga makanan/minuman yang mengandungi warna hijau (food colouring).

4.Merah/pink

Atau ada yang panggil sirap bandung pun ada. Mungkin anda makan minum sesuatu yang mengandungi warna merah seperti ubi ubian, atau mengandunhi pewarna merah. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh luka di puting ibu yang menyebabkan darah masuk dalam susu waktu sesi pump/menyusu.

5.Hitam/coklat

Hasil dari darah yang lama dalam saluran susu keluar ataupun ubat ubat tertentu.

Ada ke mommies pernah mengalami warna susu ini?

Ye warna warna ini selamat untuk baby ambil. Warna hitam jika ia berkaitan dengan medication, tanya balik Dr jika medication tersebut selamat ke untuk breastfeeding mothers. Ada sikit sahaja ubat apabila ambil tidak sesuai mommies untuk menyusu (contoh ubat chemotherapy) namun kita akan sarankan untuk tetap pump supaya tak drop supply dan demand.

Sekian.

Sumber : Dietitian Fizah Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×