Deko & Hias

12 Cara Sejukkan Rumah Yang Panas ‘Membakar’ Kaedah Semulajadi, Automatik Berangin!

21
SHARES
cara sejukkan rumah

“Ya Allah, panasnya cuaca sekarang, nak duduk rumah pun tak selesa. Macam mana cara sejukkan rumah dengan cepat ya?”

Sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan dalam suhu cuaca kerana peralihan monsun. Maka, semua akan berpeluh melekit-lekit dan mula meletakkan suhu pendingin hawa pada tahap yang paling sejuk. Kesudahannya, apabila bil elektrik sampai pada hujung bulan, kering poket lah jawabnya untuk membayar kerana tarif elektrik yang tinggi!

Baca juga: Letak 8 Jenis Pokok Ini Dalam Bilik Supaya Tidur Malam Nyenyak, Mimpi Sampai London!

CARA SEJUKKAN RUMAH KETIKA MUSIM PANAS

cara sejukkan rumah

Rupanya ada banyak cara untuk sejukkan rumah secara semulajadi. Apa yang kita perlu tahu adalah:

– Cuaca di luar lebih panas pada waktu siang dan lebih sejuk pada waktu petang/malam
– Udara panas akan naik ke atas, udara sejuk akan berada di bawah
– Pergerakan udara dari tekanan tinggi ke tekanan rendah
– Penggunaan elektrik, aktiviti memasak meningkatkan suhu

Memahami asas ini, kita dapat manfaatkannya untuk sejukkan rumah. Jika anda menggunakan aircond, tidak perlu setup suhu 16 untuk sejukkan ruang, cukuplah maintain suhu pada suhu yang nyaman 22-25 sahaja. Ini lebih berkesan dan menjimatkan.

1.Halakan kipas ke ketulan ais batu.

2.Basuh baju pada waktu malam.

3.Pada waktu malam buka dua tingkap di depan dan belakang. Di tingkap belakang , halakan kipas ke luar rumah untuk menyedut udara panas ke luar rumah. Ini mewujudkan negative pressure dalam rumah, angin sejuk akan masuk melalui tingkat depan rumah. Cuba!

4.Gunakan langsir blackout untuk menyekat cahaya matahari yang panas terik masuk ke dalam rumah.

5.Tahukah anda,sesetengah kipas siling ada fungsi menukar arah pergerakan kipas. Pastikan kipas bergerak melawan arah jam (counterclockwise) angin akan di tiup dari atas ke bawah memberi kesan penyejukan.

6.Bersihkan habuk kipas dan penapis pendingin hawa.

7.Kurangkan perabot dan kemas rumah, automatik berangin!

8. Lampu LED mengeluarkan haba yang kurang bebanding lampu lama. Perlahan lahan tukar lampu lampu rumah ke LED yang jauh lebih terang dan menjimatkan.

9.Setiap alatan elektrik ada mengeluarkan haba. Apabila tidak guna PC, charger, water heater , sila tutup suis untuk penjimatan dan mengurangkan bahang haba.

10.Masak simple-simple, kurangkan memanggang dan membakar.

11.Anda hanya mahukan pesekitaran yang nyaman dan selesa. Cukup suhu 20-25. Jangan dera aircond anda dengan memaksa ia bekerja sehingga ruang menjadi 16 darjah Celsius. Aircond akan cepat rosak dan bil elektrik melambung tinggi.

12. Jirus air di permukaan lantai luar pada waktu petang.

cara sejukkan rumah

Foto: Freepik

*Nak tidur pun tak selesa bila panas kan?

Baca juga: Cara Cuci Tilam Paling Senang Abad Ini, Hanya Gosok-Gosok Tak Payah Angkat & Jemur!

Sumber: Public Health

Foto: billyGo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×