Rakyat

Ahli KWSP Kena Tunggu Lebih Lama Sebelum Layak Buat Pengeluaran Akaun 2- KWSP

1.6K
SHARES

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan sepenuhnya simpanan Akaun 2 menerusi Pengeluaran Khas bermula 18 April perlu menunggu lebih lama sebelum layak membuat pengeluaran untuk kegunaan lain seperti perumahan, pendidikan dan kesihatan.

Situasi ini turut membabitkan ahli yang terpaksa mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 bagi menampung jumlah dalam Akaun 2 yang tidak cukup RM10,000 atau menggunakan keseluruhan jumlah Pengeluaran Khas yang dibenarkan daripada Akaun 1.

Baca juga: Semakan Permohonan Khas KWSP Boleh Dibuat Bermula 9 April

AHLI KWSP KENA TUNGGU LEBIH LAMA SEBELUM LAYAK BUAT PENGELUARAN

Memetik laporan BH Online, hal ini disebabkan ahli perlu menggantikan semula semua jumlah yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan sebanyak 20 peratus lagi.

Pencarum yang mengeluarkan RM10,000, perlu menggantikan sebanyak RM12,000. Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 termasuk tambahan 20 peratus lagi daripada jumlah yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus ke dalam Akaun 1 dan baki 30 peratus lagi ke dalam Akaun 2, seperti kelaziman.

Situasi sama juga dihadapi oleh pencarum yang membuat pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 2, tetapi masih memiliki baki dalam akaun terbabit.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang telah mengambil pengeluaran khas RM10,000 daripada Akaun 1, maka semua caruman bulanan akan dimasukkan ke Akaun 1.

“Caruman ini akan berhenti hanya selepas RM10,000 bersama tambahan 20 peratus iaitu RM2,000, kembali ke Akaun 1.

“Penggantian tambahan 20 peratus bukanlah kadar faedah yang dikenakan atau perlu dibayar oleh ahli,” jelas KWSP.

Jika jumlah caruman KWSP bulanan ahli adalah RM500, penggantian semula yang akan masuk ke Akaun 1 adalah selama dua tahun (bagi menjadikan jumlah RM12,000), sebelum 30 peratus disalurkan semula ke Akaun 2.

Menurut KWSP, rasional bagi menggantikan semula jumlah yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan. Bagaimanapun, ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 diawalkan semalam daripada 20 April yang diumumkan sebelum ini dan telah mula dikreditkan secara berperingkat.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×