Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun pada 1 April.
Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
Baca juga: KWSP Umum Langkah Permohonan Pengeluaran Khas RM10K Supaya Lebih Mudah
SEMAKAN PERMOHANAN KHAS KWSP BERMULA 9 APRIL
Perkara ini dikongsi sendiri melalui Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ahli boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas maksimum RM10,000 bermula 9 April ini.
KWSP dalam satu hantaran hari ini berkata, pencarum tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau cawangan bagi membuat semakan berkenaan.
“Anda boleh lakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas bermula 9 April 2022 ini. Semakan boleh dilakukan secara online melalui portal Pengeluaran Khas di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ “ jelasnya.
Kerajaan berharap agar para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
CARA PERMOHANAN:
Sumber: Facebook KWSP