Buat pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, menikmati malam pertama dengan sebaiknya adalah penting untuk merapatkan hubungan. Walaupun bukan semua pasangan akan melakukan hubungan intim pada malam itu, pengambilan ubat kuat khususnya dalam kalangan lelaki adalah sangat popular.
Namun, Doktor Samhan ada berkongsikan kisah mengenai bahayanya ubat kuat jika diambil tanpa preskripsi yang betul. Sampai ada kes maut tau!
Baca juga: Ubat Kuat Untuk Suami, Guna Bawang Putih Bakar & Madu Asli
MATI MALAM PERTAMA SEBAB UBAT KUAT!
Pernah dengar tak kes pengantin baharu mati sebab terlebih makan ubat kuat? Kes ini pernah tular pada tahun 2022 di Jakarta, Indonesia. Kedua-dua pasangan dijumpai maut di sebuah hotel setelah melewati tempoh penginapan mereka.
Hasil bedah siasat mendapati ia berlaku akibat terlalu banyak mengambil ubat kuat. Menurut Dr.Samhan, sebenarnya ini bukan kes pertama yang berlaku akibat pengambilan ubat kuat. Hal ini kerana, ubat kuat yang dijual di kedai kopi, atau secara atas talian tanpa kawalan kebiasaannya mengandungi dadah Kelas A iaitu Tadalafil atau Sildenafil.
Anda perlu tahu bahawa adalah sangat bahaya untuk mengambil ubat kuat tanpa dos yang betul. Ia boleh menyebabkan jantung berdenyut laju dan pembuluh darah pecah sebelum meninggal dunia. Kesan sampingan yang lain termasuk strok.
Kebanyakan pesakit Dr.Samhan yang datang memang dah pernah ambil ubat kuat tanpa konsultasi doktor. Ada pernah mengadu sampai rasa macam dah nak mati.
“Sumpah dah tak nak ambil doktor!” Pengambilan dadah Kelas A DIBOLEHKAN TETAPI HANYA DENGAN PRESKRIPSI DARIPADA DOKTOR.
Antara supplemen lelaki yang boleh dipercayai dan didapati di farmasi adalah:
-Naturalle Tongkat Ali
-Himalaya Men’s Wellness
-Hurix’s Kapsul Tongkat Ali
-Vita Health Tongkat Ali Plus

Foto: TheHealthy.com
*Paling penting adalah, berjumpalah dengan doktor yang bertauliah terlebih dahulu. Jangan musnahkan malam pertama anda!
Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji
Sumber: X @drsamhan, Hello Doktor
Foto: Forbes