Euforia Bola 2026
Didik

“Dik Nak Belajar Ke Melawa?”- Sampai Sebaldi Alat Solek Pelajar Dirampas Guru, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

alat solek

Tidak menyangka jumlahnya begitu banyak, pengguna media sosial terkejut melihat lambakan alat solek yang berjaya dikumpulkan seorang guru selepas pemeriksaan terhadap pelajar di sekolah.

Video memaparkan satu baldi penuh kosmetik itu kemudian tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Baca juga: [TERKINI] KPM Laksana Program Reformasi Sekolah Minggu Depan, Pilih 10 Sekolah Setiap Daerah Terima Hingga RM100,000

GURU BUAT ‘SPOT CHECK’ DAPAT SEBALDI ALAT SOLEK DIBAWA PELAJAR

alat solek

Tangkap layar dari video tular.

Paparan tersebut menunjukkan seorang guru membawa sebuah baldi plastik yang dipenuhi pelbagai jenis kosmetik milik pelajar sebelum mempamerkannya di hadapan kelas.

Dalam rakaman itu, guru terbabit dilihat membawa sebuah baldi bersaiz sederhana yang bukan berisi barangan biasa, sebaliknya dipenuhi pelbagai kelengkapan kosmetik seperti lip balm, lip tint, bedak dan cushion.

Barangan tersebut dipercayai hasil rampasan daripada pemeriksaan yang dilakukan terhadap pelajar dalam tempoh tertentu.

Melihat semua kosmetik mereka dikumpulkan dan dipamerkan di hadapan kelas, pelajar yang berada dalam video tersebut hanya mampu berdiam diri sambil melihat tindakan guru berkenaan.

Baca juga: “Dia Takut Diserang Lagi…”- Ibu Kongsi Keadaan Terkini Mangsa Buli Tengkorak Retak, Risiko Tinggi Alami Sawan

alat solek

Tangkap layar dari video tular.

Tindakan guru cetus pelbagai pandangan

Video tersebut mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai isu membawa kosmetik ke sekolah.

Sebahagian warga maya menyokong tindakan guru tersebut kerana berpendapat sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu dan memberi tumpuan kepada pembelajaran, bukannya aktiviti bersolek.

Menurut mereka, peraturan seperti larangan membawa alat solek penting bagi memastikan disiplin serta fokus pelajar sentiasa terjaga sepanjang waktu persekolahan.

Namun, terdapat juga warga maya yang melihat perkara itu dari sudut berbeza.

Ada yang berpendapat sebahagian kosmetik yang dirampas mungkin dibeli dengan harga yang agak mahal, selain berharap barangan tersebut dapat dipulangkan semula kepada ibu bapa atau pelajar selepas tamat sesi persekolahan.

Baca juga: “Bukan Nak Rampas Tempat Pelajar Tempatan”- Pelajar China Tiba-Tiba Ramai Di IPTA, Apa Sedang Berlaku?

Perdebatan tentang batas minat remaja

Isu membawa alat solek ke sekolah bukan perkara baharu kerana ia sering menjadi perbincangan antara pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar.

Bagi pihak yang menyokong tindakan guru, langkah tegas itu dilihat sebagai usaha mendidik pelajar supaya memahami peraturan serta menjaga imej dan disiplin ketika berada di sekolah.

Sementara itu, ada juga yang berpandangan pendekatan lebih berhemah boleh dipertimbangkan, terutama dengan mengambil kira nilai barangan yang dirampas.

Terdahulu, video pendek berkenaan dikongsikan menerusi sebuah akaun di Instagram dan dilaporkan oleh portal berita Indonesia, sebelum mendapat perhatian ramai pengguna internet.

Sumber: Lambe Turah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×