Suami Isteri

Sebelum Bawa Pasangan Jumpa Keluarga, Tanya 6 Topik Penting Ini Untuk Tahu Sekufu Ke Tidak!

17
SHARES
soalan sebelum kahwin

Hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui apakah soalan sebelum kahwin yang sesuai untuk diajukan kepada pasangan. Hal ini kerana,  mencari pasangan hidup bukanlah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi untuk menemui individu yang sebulu atau sependapat dengan cara pemikiran kita.

Sebagaimana proses mendapatkan pekerjaan yang perlu melalui interview sebelum anda layak diterima, begitu jugalah dalam memilih pasangan. Maka, disebabkan itu penulis ingin berkongsi topik-topik penting yang boleh diajukan kepada pasangan masing-masing agar dapat memudahkan urusan kalian semua.

Baca juga: Kak Ipar Buat Tuduhan & Canang Sekampung Diri Mandul, Ini Cara Saman Bagi Diam Mulut!

SOALAN SEBELUM KAHWIN

soalan sebelum kahwin

Gambar: jcomp

Berdasarkan perkongsian seorang wanita di TikTok @motherlyzz , dia menyatakan terdapat 6 soalan yang boleh diajukan kepada pasangan sebelum berkahwin seperti yang diakui oleh terapi. Soalan-soalannya seperti berikut:

1. Soalan kewangan

“Awak harap saya bayarkan bil bulanan?”

“Awak harapkan saya bantu dari segi kewangan?”

“Awak nak saya bayar 50-50 (separuh) ke untuk semua komitmen?”

2. Cara menghadapi emosi

“Kalau awak bersedih, nak kongsikan perkara itu atau bersendirian?”

Baca juga: 7 Sebab Ramai Pilih Kahwin Lari Di Thailand, No. 5 Paling Tak Sangka Sanggup Ambil Risiko!

Baca juga: Kena Tahu 6 Anggota Tubuh Lelaki Yang Disentuh Semasa Urutan Batin, Elak Diambil Kesempatan!

3. Penglibatan keluarga dalam urusan rumah tangga

“Awak okey ke kalau keluarga masuk campur dalam urusan rumah tangga kita?”

4. Pengurusan kewangan dan hutang

“Macam mana awak uruskan kewangan?”

“Ada hutang tak sekarang? Kalau ada, kongsi dengan saya.”

5. Pembahagian tanggungjawab dalam rumah

“Apa pandangan tentang berkongsi tanggungjawab dan sama-sama buat kerja dalam rumah? Awak nak saya buat seorang atau akan tolong?”

6. Bahasa cinta (Love language)

“Apa love language awak? Macam mana awak harapkan saya tunjukkan kasih sayang?”

“Macam mana cara awak nak saya faham cara awak tunjuk kasih sayang tu?”

Jadi, semua soalan-soalan di atas adalah penting untuk ditanyakan kepada pasangan sebelum bersetuju untuk menempuhi alam rumah tangga bersama-sama. Ia bagi memastikan anda berada di dalam kelompok yang sekufu atau sama darjat agar dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini di masa depan.

@motherlyzz

Set the context awal2 to avoid dissapointment #berkahwin #keluarga #lelaki #perempuan #fyp #kahwin #pasangan #pasangancouple

♬ original sound – Zettysmomlife – Zettysmomlife

Baca juga: Suami Mengadu Kena Mengemis Nak Bersama “Itu Pun Masih Tak Dapat!”, Ini Nasihat Untuk Isteri

Sumber: TikTok @motherlyzz

FT Image: Lifestylememory

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×