Tindakan saman fitnah hanya boleh dilakukan apabila wujudnya unsur fitnah, di mana tuduhan itu boleh dibuktikan sebagai palsu. Dalam undang-undang fitnah terbahagi kepada dua iaitu secara penulisan dan verbal.
Sebagaimana perkongsian seorang peguam yang dikenali sebagai Syafiq di TikTok, mengenai cara saman fitnah terhadap ahli keluarga, misalnya kakak ipar sendiri yang membuat tohmahan mandul.
Baca juga: Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!
SAMAN FITNAH TUDUHAN MANDUL

Gambar: TikTok @syafiqsb123
“Kakak ipar sebar fitnah mandul dekat orang ramai, padahal tengah merancang. Boleh saman ke tak?” tulisnya di dalam video tersebut.
Menurut Peguam Syafiq, terdapat 3 cara yang boleh dilakukan oleh mangsa yang dituduh mandul dari segi undang-undang. Cara-caranya seperti berikut:
Baca juga: Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!
Baca juga: Pinjam Duit Laju Tapi Nak Bayar Liat Kemain, Pergi Mahkamah Bawa Bukti Ini Jika Tiada Hitam Putih!
1. Notis tuntutan permohonan maaf dan tak buat lagi
Menghantar notis tuntutan permohonan maaf merupakan langkah pertama yang boleh diambil oleh wanita yang menjadi mangsa tuduhan mandul.
Ia merupakan langkah awal yang akan disediakan dan dihantar oleh peguam, sebelum membawa kes ke mahkamah.
2. Saman fitnah di mahkamah
Tindakan saman boleh difailkan di mahkamah, sekiranya tuduhan mandul itu telah menjejaskan maruah, imej dan kesejahteraan seseorang wanita.
Ia bukan sekadar untuk mendapatkan pampasan, tetapi memberi pengajaran kepada masyarakat agar berhati-hati dan tidak lancang mulut apabila bercakap.
3. Aduan gangguan pihak ketiga dalam rumah tangga
Selain maruah tercalar, tuduhan mandul juga berupaya menggugat keharmonian rumah tangga.
Terdapat situasi pihak ketiga iaitu ahli keluarga sendiri misalnya, yang melemparkan tuduhan tersebut sehingga mencetuskan pergolakan dalam perkahwinan.
Dalam kes sebegini, mangsa boleh menuntut ganti rugi bagi tekanan emosi dan kesan psikologi yang dialami.
@syafiqsb123
Baca juga: Hati-Hati Nak Beli Kereta Sambung Bayar, NO. 4 Itu Boleh Buat Pembeli Rugi!
Sumber: TikTok @syafiqsb123
FT Image: TikTok @syafiqsb123