Suami Isteri

Kena Tahu 6 Anggota Tubuh Lelaki Yang Disentuh Semasa Urutan Batin, Elak Diambil Kesempatan!

16
SHARES
urutan batin untuk lelaki

Urutan batin untuk lelaki merupakan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan daya tahan dan memperbaiki tenaga batin agar mencapai puncak kepuasan seksual. Biarpun amalan tradisional ini sudah berlangsung berabad lamanya, namun ia perlu dilakukan oleh pengamal dan premis yang berdaftar.

Disebabkan itu, mereka yang tiada ilmu urutan batin dilarang melakukannya kerana terdapat pelbagai komplikasi kesihatan lelaki yang boleh dialami daripada urutan yang tidak tepat.

Baca juga: Suami Mengadu Kena Mengemis Nak Bersama “Itu Pun Masih Tak Dapat!”, Ini Nasihat Untuk Isteri

URUTAN BATIN UNTUK LELAKI

urutan batin untuk lelaki

Gambar: massage-manchester

Kalau nak tahu, urutan batin dianggap terapi utama orang lelaki untuk menangani isu lemah syahwat berdasarkan pemeriksaan dan rawatan yang disesuaikan mengikut keadaan individu.

Lemah syahwat yang tidak ditangani boleh menyebabkan keharmonian hubungan suami isteri tergugat. Hal ini kerana, kepuasan di ranjang merupakan satu keperluan.

Baca juga: Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!

Anggota tubuh urut batin

Semasa rawatan, urutan biasanya disertakan dengan bacaan doa dan zikir yang bertujuan untuk memulihkan saraf dan tenaga batin.

Urutan ini juga sering menggunakan minyak istimewa seperti minyak lenga dan campuran biji lobak yang telah dilumatkan. Juga, minyak campuran dari akar gaharu dan akar ketapang yang dimasak dengan minyak kelapa.

Enam bahagian tubuh lelaki yang akan diurut batin adalah seperti berikut:

  1. Kawasan ari-ari
  2. Tapak kaki kanan dan kiri
  3. Celah-celah jari kaki kanan dan kiri
  4. Bahagian betis
  5. Urat di dalam paha
  6. Bahagian alat kelamin lelaki

Baca juga: Doktor Dedah SEBAB Hubungan Melalui Dubur Lebih Berisiko Dapat AIDS, Bertaubatlah!

Resipi tradisional mengatasi lemah tenaga batin

Terdapat beberapa resepi tradisional dalam memperbaiki tenaga batin, antaranya:

  1. Akar panah arjuna (Tectaria singaporiana) – ia dibersihkan, dicincang halus, dikeringkan dan direbus. Air rebusannya diminum dua kali sehari selama seminggu.
  2. Akar Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) – direbus bersama dengan beberapa tanaman seperti ubi rancang besi dan ubi mentua binasa. Air rebusan diminum tiga kali sehari untuk tempoh seminggu.

Namun, adalah penting untuk melibatkan pakar kesihatan atau doktor sebelum mengamalkan ramuan tradisional ini untuk menghindari kesan yang tidak diingini atau interaksi dengan ubat-ubatan lain yang sedang diambil.

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

Sumber: waktu.ai

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×