Penat berkerja sudah menjadi lumrah kehidupan buat isteri yang bekerjaya, sehingga ada yang terpaksa menolak ajakan suami yang ingin membuat hubungan kelamin. Keperluan seksual ini jika ditolak sekali-sekala, ia tidaklah membawa masalah.
Namun, jika hubungan kelamin itu sering ditolak isteri dek kerana tiada mood atau penat bekerja, ia boleh mendatangkan bahaya yang besar kepada golongan suami. Nak tahu mengapa isteri jangan selalu tolak keinginan seksual suami, ikuti perkongsian nasihat yang bermanfaat dari Kaunselor Rumah Tangga, Fadzli Aziz di bawah.
Baca juga: Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!
HUBUNGAN KELAMIN ASYIK KENA ‘REJECT’, INI PESANAN BUAT ISTERI

Gambar: Mesej oleh individu tak dikenali yang dikongsikan Fadzli Aziz di dalam hantaran yang sama.
“Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya,” kata saya. Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang dilakukan di pusat kaunseling saya.
“Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak ada mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajarlah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya.
Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga.
Baca juga: Doktor Dedah SEBAB Hubungan Melalui Dubur Lebih Berisiko Dapat AIDS, Bertaubatlah!
Seksual keperluan biologi yang perlu suami isteri penuhi agar terhindar perbuatan haram
“Puan, seksual ini adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan.
“Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak? Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan? Emosi kita boleh tahankan, jangan makan.
“Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik. Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi.
“Lelaki yang tak dapat, keperluan emosi mudah terganggu, makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya.
“Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan.
“Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram.
“Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan tak ada mood dan busy.
“Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya. Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik,” jelas saya dari sudut pandang lelaki.
Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!
Ada lelaki yang keinginan tinggi tapi jarang bersama isteri, kemungkinan ‘dilepaskan’ sendiri
“Tapi En. Fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami mereka tak macam itu pun. Tak adalah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali,” katanya.
“Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan.
“Ada lelaki kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Sama ada melalui pornografi dan masturbasi.
“Paling saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya,” jelas saya.
Jadi, isteri bantulah suami uruskan keperluan nafsunya
“Faham…hmmmm, “ ujarnya.
“Puan, kalau nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri sebab itu dia kahwin dengan puan. Eksklusif puan adalah pengurus nafsunya.
“Maka peranan puan besar. Andai kata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.” ujar saya lagi.
Penting juga isteri untuk memahami karakter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai.
Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam. Wallahuaalam.
Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!
Sumber: Fadzli Aziz
FT Image: jcomp