Sihat

Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!

27
SHARES
tukar pasangan

Awal tahun ini, tirai negara seberang dihangatkan dengan berita penangkapan pasangan suami isteri yang mengadakan pesta seks swinger atau seks tukar pasangan sebanyak 10 kali di Jakarta dan Bali.

Di Malaysia juga pernah kecoh seketika pada Disember lalu, apabila tukang sapu didenda RM80,000 di atas empat pertuduhan menyebar serta menjual kandungan lucah kegiatan seks swinger.

Baca juga: Doktor Dedah SEBAB Hubungan Melalui Dubur Lebih Berisiko Dapat AIDS, Bertaubatlah!

TUKAR PASANGAN SEKS, UNDANG 5 JENIS KANSER

tukar pasangan

Gambar: iStock – Glegorly

Rentetan itu, aktiviti seks tukar pasangan ini juga tidak ketinggalan mengundang ‘malapetaka’ pada kesihatan diri manusia. Maka tidak hairan, mengapa setiap perbuatan terkutuk itu dilarang kerana ada asbabnya.

Menurut laporan Medical News Today, kajian The English Longitudinal Study of Aging mendapati bahawa semakin banyak pasangan seksual yang dimiliki seseorang, semakin tinggi risiko mendapat Jangkitan Kelamin (STI) atau dikenali juga sebagai Penyakit Kelamin (STD).

Para penyelidik juga mendapati bahawa mempunyai 10 atau lebih pasangan seksual seumur hidup boleh meningkatkan risiko diagnosis kanser, berbanding dengan individu yang mempunyai satu pasangan seksual atau tidak mempunyai pasangan langsung.

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

Baca juga: Sebelum Isteri Menyesal & Menangis Di Bucu Katil, Peguam Kongsi 5 Tips Bagi Pinjam Duit Kepada Suami!

Misalnya, individu yang sering bertukar-tukar pasangan menghadapi jangkitan hepatitis B dan C kemudiannya boleh meningkatkan risiko mendapat kanser hati.

Peningkatan risiko kanser juga dikaitkan dengan penularan human papillomavirus (HPV). Antara jenis kanser yang diperoleh daripada virus ini adalah:

Malahan, mempunyai banyak pasangan seks juga boleh meningkatkan risiko penularan Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!

Sumber: Medical News Today / BERNAMA / Detik News

FT Image: Rex

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×