Suami Isteri

7 Sebab Ramai Pilih Kahwin Lari Di Thailand, No. 5 Paling Tak Sangka Sanggup Ambil Risiko!

2
SHARES
kahwin lari

Disebabkan ingin menghalalkan hubungan dengan mudah dan cepat, ada pasangan yang sanggup mengambil keputusan untuk kahwin lari di negara sempadan, iaitu Thailand atau nama sebelumnya Siam. Selatan Thailand khususnya Pattani, Narathiwat, Golok dan Satun merupakan tempat nikah yang begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dan tidak mengejutkan, apabila Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand mengesahkan hampir 300 pasangan dari Malaysia menikah di negara itu sepanjang tahun 2024.

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

KAHWIN LARI DI THAILAND (NIKAH SIAM)

kahwin lari

Gambar hiasan: Google

Menurut Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, jumlah keseluruhan yang didaftarkan berkahwin di Narathiwat pada tahun lalu adalah seramai lebih 600 pasangan merangkumi pasangan dari wilayah tersebut.

Di mana, jumlah itu menunjukkan bahawa hampir separuh pasangan berkahwin adalah dari Malaysia.

Baca juga: Hentikan Seks Tukar Pasangan (Swinger), Bukan Sahaja Terkutuk Tapi Boleh Dapat 5 Jenis Kanser!

60 peratus buat nikah Siam untuk berpoligami

“Kebiasaannya, pasangan dari Malaysia berkahwin di sini berusia dalam lingkungan 40-an hingga 60-an. Selain itu, 60 peratus daripada hampir 300 pasangan itu datang untuk berpoligami.

“Baki 40 peratus pasangan itu pula terdiri daripada individu yang masih bujang, janda dan duda.

“Daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu, pasangan dari Kelantan dan Terengganu paling ramai berkahwin di Narathiwat. Saya merasakan bahawa lokasi kedua-dua negeri itu yang hampir dengan Selatan Thailand menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Agama Islam Narathiwat di sini, 2 minggu lalu.

Baca juga: Suami Mengadu Kena Mengemis Nak Bersama “Itu Pun Masih Tak Dapat!”, Ini Nasihat Untuk Isteri

7 SEBAB RAMAI PASANGAN PILIH KAEDAH NIKAH SIAM

Sementara itu, terdapat 7 sebab mengapa ramai pasangan Malaysia memilih untuk kahwin lari di Thailand dan seterusnya mengambil keputusan nikah Siam, seperti didedahkan oleh portal Nikah Di Thailand.

  1. Wali ayah tidak merestui pilihan pasangan anak perempuannya, lalu mereka ambil keputusan untuk kahwin lari.
  2. Kewangan masih belum mencukupi untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
  3. Kesedaran untuk menghalalkan hubungan terlebih dahulu dari berlakunya kemaksiatan berdua-duaan.
  4. Masalah pasangan warga asing yang sukar untuk uruskan kahwin di Malaysia.
  5. Poligami iaitu seorang lelaki yang hendak berkahwin lebih dari satu.
  6. Seorang mualaf yang ingin merahsiakan perkahwinannya dari keluarga.
  7. Masalah seorang anak perempuan tiada sijil nikah ibu bapanya.

Walau terdapat pelbagai sebab seperti dinyatakan, namun pasangan berkahwin harus memastikan nikah Siam yang dilakukan adalah sah dari segi hukum syarak.

Perkahwinan di Thailand itu perlulah melalui proses yang betul. Di mana, pernikahan itu mestilah disahkan oleh pihak berwajib seperti pejabat Agama Islam Thailand dan konsulat Malaysia.

Akhir kalam, janganlah berfikir setiap matlamat anda boleh menghalalkan cara sehingga ditimpa susah di kemudian hari. Malah, penting juga untuk berhati-hati agar tidak terjebak dengan tipu daya oleh sindiket penunggang nikah di sana.

Baca juga: Dr. Cuba Bermain Nyawa, IUCD Hilang Dari Rahim Ibu Baru Habis Pantang & Trauma Kena Czer Lagi!

Sumber: Kosmo / Portal nikahdithailand.net

FT Image hiasan: Berita Harian / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×