40 Minggu

Dr. Cuba Bermain Nyawa, IUCD Hilang Dari Rahim Ibu Baru Habis Pantang & Trauma Kena Czer Lagi!

5
SHARES
mencegah kehamilan

Seorang wanita yang baru sahaja selesai berpantang czer meluahkan rasa kesal di media sosial akan tragedi menakutkan yang berlaku ketika ingin mendapatkan rawatan mencegah kehamilan iaitu pemasangan IUCD di sebuah klinik kesihatan.

Wanita dikenali sebagai Hidayah Salim itu menceritakan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahimnya telah hilang atas pendirian untuk ‘mencuba’ oleh seorang doktor, selain sikap lepas tangan semasa insiden tersebut berlaku.

Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!

MENCEGAH KEHAMILAN: TRAGEDI IUCD

mencegah kehamilan

Gambar: Hidayah Salim

17 Januari 2025 | 10.00 pagi  – TCA pemasangan IUCD di klinik kesihatan

Kes ini dikendalikan oleh pegawai perubatan klinik ibu dan anak. Sebelum rawatan, doktor telah melakukan CT scan dan dimaklumkan rahimnya agak kebelakang yang menyukarkan IUCD untuk masuk.

“Kalau macam itu okay ke doctor? Boleh ke?” tanya Hidayah, yang jelasnya akan mencuba kaedah cegah kehamilan lain sekiranya tidak boleh.

Namun doktor tersebut menjawab, “tak apa kita cuba”.

“Aku tak tahu lah perkataan “KITA CUBA” itu, sama ada doktor itu memang betul betul boleh buat atau cuba nasib?” tulisnya lanjut.

Malah, dia turut dimaklumkan ada banyak keputihan sebelum pemasangan IUCD dilakukan. Lagi sekali, dia bertanyakan “boleh ke?” dan jawapan yang sama juga diterima, “tak apa kita cuba!”

Tragedi IUCD tiada dalam rahim berlaku

Semasa pemasangan doktor itu sendiri alami kesukaran dan aku alami kesakitan. Selepas dah pasang, terus buat CT scan dan didapati IUCD tiada dalam rahim.

Doktor tersebut meminta dua doktor lain untuk melakukan scan lagi sekali dan didapati IUCD tiada ditempat sepatutnya dan perlu dikeluarkan.

Menurutnya lagi, doktor itu menghilangkan diri dan terus melakukan kerja lain seperti biasa tanpa meminta maaf kepadanya.

Doktor lain pula yang datang meminta maaf kepadanya, selain memberikan referral letter ke hospital untuk berjumpa pakar.

“Rupanya perkataan “TAK APA, KITA CUBA” maksudnya DIA MENCUBA BERMAIN DENGAN NYAWA,” luahnya lagi.

Baca juga: Ibu Pilih Nak Bersalin Sendiri Walau Bayinya Songsang, Lepas Dr. Pujuk Baru Lembut Hati Nak Ke Hospital!

3.00 petang – Refer doktor pakar di hospital pakar untuk keluarkan IUCD

Setelah tibanya di hospital, doktor pakar telah melakukan CT scan dan mendapati IUCD telah tembus dari rahimnya serta ada pendarahan.

Di mana, pembedahan perlu dilakukan dengan segera untuk mengeluarkan alat pencegah kehamilan tersebut dan sedangkan ketika itu dia baru sahaja pulih dari luka melahirkan anak.

Ditambah pula bayinya yang berusia 2 bulan lebih  sedang menyusu badan sepenuhnya, selain merancang untuk menyunatkan anak sulung pada cuti sekolah nanti.

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

18 Januari 2025 | 12.30 pagi – Masuk dewan bedah, full bius untuk keluarkan IUCD

Keesokan harinya, Hidayah berasa bersyukur kerana pembedahan tersebut berjaya mengeluarkan IUCD. Namun, dia perlu menghadapi proses penyembuhan seperti bersalin czer.

Dia meluahkan rasa amat kesal, sedih, marah, kecewa dan trauma atas kecuaian yang berlaku. Biarpun dia tahu keputusan untuk memasang IUCD akan memberi risiko namun bukan jenis sebegitu yang ingin dihadapinya.

Selain mempersoalkan tindakan apa yang perlu dia ambil, sikap lepas tangan doktor tersebut telah menambahkan lagi berbaur rasa dalam dirinya.

“Bila aku menangis, petugas tenangkan dan cakap “memang akan ada risiko bila pasang IUCD”. Macam itu ke cara tenangkan? Ibarat letakkan silap itu dekat aku sebab aku nak pasang IUCD, jadi pandai pandai lah ambil risiko. Macam ini ke maksudnya?” tulisnya di akhir hantaran.

Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib

Sumber: Hidayah Salim

FT Image: gpointstudio

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×