Asuh

Bapa Kuatkan Semangat Dukung Anak Sakit Radang Otak Naik Pentas, “Sebagai Kenangan Terakhir Aish Di Sekolah”

81
SHARES
radang otak

Sungguh meruntun jiwa, tatkala rakan lain mampu melangkah naik ke atas pentas sekolah dengan berjalan, lain pula kisah Muhammad Aish Daniel yang diserang radang otak secara tiba-tiba pada tahun lalu.

Kanak-kanak lelaki itu yang mesra disapa Aish, 7, mendapat perhatian ramai setelah tular sebuah video yang memperlihatkan dia didukung bapanya untuk hadir ke majlis anugerah prestasi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Mukmin, di sini.

Baca juga: “Percaturan Allah”- Susu Handzalah Kini Milik Bayi Faleeq Yang Ibunya Meninggal Dunia Dalam Tidur

RADANG OTAK ANAK 7 TAHUN DIDUKUNG BAPA NAIK PENTAS

radang otak

Gambar: PASTI Kawasan Dungun.

Situasi tersebut secara tidak langsung meruntun hati warga maya yang melihatnya di laman sosial.

Berkongsi kisah itu kepada wartawan Harian Metro, Mohd Faizal, mengakui sebak bila mengimbas kembali detik ketika majlis berkenaan kerana dia sendiri yang mendukung anaknya itu naik ke atas pentas.

Bagaimanapun, Mohd Faizal yang mencari rezeki sebagai pembantu tukang rumah dan peniaga di pasar malam ketepikan rasa sedih bagi mencipta memori buat anaknya bersama murid lain.

“Memang sedih waktu itu tapi sebagai ayah, saya kena kuat. Jadi selagi termampu, saya tak akan tunjuk kesedihan di depan orang kerana nak nampak kuat depan anak.

“Sebab itu, saya bawa juga anak datang ke majlis itu walaupun perlu mendukung Aish,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Baca juga: Warga Emas Sebak Terima Kunjungan Ramai Di Gerai Makan, Selepas Video Tular “2 Hari Makanan Habis…”

Aish dilahirkan normal sebelum diserang radang otak Mei tahun lalu

radang otak

Tangkap layar video: PASTI Kawasan Dungun.

Sementara itu, Siti Norazilla berkata, Aish dilahirkan normal namun tidak dapat bercakap dan berjalan akibat diserang radang otak pada Mei tahun lalu.

Berikutan itu, dia yang juga suri rumah perlu menguruskan Aish kerana keadaan anaknya yang tidak boleh berdikari.

“Dulu, Aish budak yang aktif dan sangat ceria tapi tak dapat berjalan dan bercakap sejak September lalu.

“Sebelum jadi begitu, Aish tak demam pun tapi nampak perubahannya apabila macam lemah lutut ketika berjalan dan lama-kelamaan hilang keupayaan itu.

“Jujurnya memang ambil masa juga untuk saya dan suami terima, malah melakukan bermacam ikhtiar untuk merawat anak termasuk berubat kampung tapi belum ada rezeki untuk Aish sembuh,” katanya.

Baca juga: Suami Tak Pandai Belajar Sokong Isteri Masuk Universiti, Redah 300km Dengan Motor Demi Bantuan Laptop!

Hadir ke majlis anjuran taska sebagai kenangan terakhir Aish di sekolah

penyakit radang otak

Tangkap layar video: PASTI Kawasan Dungun.

Menurutnya, masanya kini banyak dihabiskan bersama Aish dengan rutin harian bermula pagi hingga lewat malam.

“Suami keluar bekerja jadi saya yang sepenuh masa menjaga Aish sampai dia batuk sedikit pun saya boleh terjaga daripada tidur.

“Sedih tengok keadaan Aish dan kerana itu, saya dengan suami nak sangat datang ke majlis anjuran taska sebagai kenangan terakhir Aish di sekolah. Ini kerana doktor ada beritahu kemungkinan Aish tak dapat bersekolah lagi disebabkan penyakitnya.

“Majlis bermula jam 8 pagi tapi kami hadir jam 11 dan Aish adalah nama yang terakhir dipanggil. Bercampur baur perasaan waktu itu namun bersyukur kerana Allah SWT izinkan bawa Aish naik atas pentas.

“Cuma tak sangka ada yang rakam hingga kisahnya jadi tular. Sebagai ibu, saya masih menaruh harapan Aish kembali sihat kerana rindu nak tengok dia macam dulu,” katanya.

MAKLUMAT SUMBANGAN

Orang ramai yang berhasrat ingin meringankan beban, boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun CIMB – 7627156438 atas nama Mohd Faizal Mohd Kanafi.

Baca juga: “Dah Masuk 3 Tahun Tak Bayar…” Lelaki Ini Pesan Jangan Bagi Pinjam Duit Kalau Tak Nak Hilang Kawan

Sumber: Harian Metro / Facebook Pasti Al-Mukmin Che Lijah

FT Image: PASTI Kawasan Du ngun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×