Kisah dua buah keluarga yang mana masing-masing mengalami kehilangan insan tercinta yang meninggal dunia pada awal tahun ini, telah menjadi perhatian rakyat Malaysia yang turut sama dukacita. Namun siapa sangka, kedua-dua keluarga tersebut yang sedang berhadapan dengan rasa pilu itu kemudiannya dipertemukan atas sebab yang tidak dijangka melalui percaturan Allah SWT.
Baca juga: Warga Emas Sebak Terima Kunjungan Ramai Di Gerai Makan, Selepas Video Tular “2 Hari Makanan Habis…”
MENINGGAL DUNIA INSAN TERCINTA MASING-MASING, 2 KELUARGA DIPERTEMUKAN

Gambar: Kisah pertama keluarga bayi Faleeq (kiri) dan kisah kedua keluarga arwah bayi Handzalah (kanan).
Kisah pertama, Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira ibu kepada seorang bayi berusia 2 bulan telah meninggal dunia ketika tidur di dalam pelukan suami selepas selesai menyusukan anak.
Sementara kisah kedua, berkenaan seorang wanita yang mana bayi lelakinya bernama Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Saujana Putra sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Cyberjaya.
Ia bermula apabila wakil keluarga wanita yang meninggal dunia dalam tidur ada meminta bantuan untuk mencari ibu susuan buat bayi yang berusia 2 bulan itu seperti tangkap layar yang dikongsikan pada 10 Januari lalu oleh seorang kaunselor susu, Nad Masrom.

Gambar: Facebook Nad Masrom
Lalu Selasa baru ini, Sri Wahyuni Rahman yang merupakan ibu kepada bayi Handzalah, dilihat memuat naik IG story memaklumkan bahawa keluarganya dan keluarga bayi yang kehilangan ibu itu telah dipertemukan.
Dipercayai, bayi bernama Muhammad Faleeq Haq itu telah menerima susu daripadanya. Syukur, Alhamdulillah!
“Faleeq baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia dalam tidur. Susu Handzalah kini milik Faleeq. Percaturan Allah.
“Ibu doakan semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan patuh, ya. Comel dia. Muka pun nak sama dengan Handzalah,” tulis Sri Wahyuni.
Mari kita semua doakan agar pertemuan ini dapat merawat luka dua keluarga yang masing-masing kehilangan orang yang mereka sayangi. Aamin.

Gambar: Instagram @yyunirahman
Baca juga: “Kawanku Menantuku…” 2 Rakan Sekerja Bakal Bertukar Status, Tak Sangka Dari Gurauan Jadi Kenyataan!
Sumber: Instagram @yyunirahman / Facebook Nad Masrom
FT Image: Instagram @yyunirahman / Facebook Nad Masrom