Famili

Warga Emas Sebak Terima Kunjungan Ramai Di Gerai Makan, Selepas Video Tular “2 Hari Makanan Habis…”

52
SHARES
gerai makan

Selepas tularnya video yang memperlihatkan dua orang warga emas mengusahakan sebuah gerai makan di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, kini mereka tidak menang tangan melayani kunjungan pelanggan.

Kedua-dua pakcik dan makcik ini telah menarik perhatian ramai ekoran kegigihan mereka bekerja sambil mesra menyantuni pelanggan, meskipun di usia emas.

Baca juga: Budak 5 Tahun Laju Jawab Soalan Matematik Tanpa Kalkulator, Boleh Baca Huruf Sepanyol & 2 Bahasa Lain!

GERAI MAKAN DUA BERADIK WARGA EMAS

gerai makan

TikTok @daruslantak

Malah pemilik video yang tular itu di TikToknya, @daruslantak juga memuji menu Nasi Goreng Ayam yang dikatakan sedap.

“Di usia begini pun masih gigih bersemangat mencari rezeki. Pakcik dan makcik ini baik orangnya, peramah. Tak lekang dengan senyuman.

“Makan di sini korang kena sabar sikit sebab pakcik dan makcik tak ada staf. Mereka berdua sahaja,” terang pemilik video.

Dipercayai, kedua-dua warga emas itu sudah berniaga di situ sejak tahun 1995 sehingga sekarang.

@daruslantak

Nasi Goreng Ayam sini sedap… Jom Support Pakcik dengan Makcik ni niaga dekat Medan Selera Jalan Raja Mudah Abdul Aziz Kg Baru KL gerai No 16

♬ original sound – Daruslantak – Daruslantak

Baca juga: Suami Tak Pandai Belajar Sokong Isteri Masuk Universiti, Redah 300km Dengan Motor Demi Bantuan Laptop!

Sementara itu, kunjungan penyampai radio ERA, Munaa Bella di lokasi mendapati, kedua-dua figura itu merupakan adik-beradik yang berusia 75 dan 78 tahun.

Menurut Munaa, kedua-dua adik beradik tersebut sangat terharu dengan sokongan yang diterima mereka.

Muna turut mendedahkan, makanan yang dijual mereka telah habis selama dua hari berturut-turut kerana gerai tersebut dikunjungi ramai orang.

Baca juga: “Kawanku Menantuku…” 2 Rakan Sekerja Bakal Bertukar Status, Tak Sangka Dari Gurauan Jadi Kenyataan!

Sumber: TikTok @daruslantak / TikTok @era.je

FT Image: TikTok @daruslantak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×