Sihat

Ketahui Apa Itu Sindrom Amelia Yang ‘Rare’, Bayi Lahir Tanpa Anggota Badan Lengkap

5
SHARES
sindrom amelia

Bila menonton rancangan kesihatan dari luar negara, pernah juga melihat paparan video tentang bayi yang lahir tidak lengkap anggota badan. Antaranya, dilahirkan tanpa tangan sebelah atau tanpa kaki sebelah. Rupa-rupanya inilah yang dipanggil Sindrom Amelia.

Kedengaran mungkin janggal, ramai yang tidak cakna dengan sindrom yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ini. Walaupun kes ini jarang sekali berlaku, namun jika terjadi kepada bayi kita sendiri ternyata amat menyedihkan..

Baca juga: Kahwin Dengan Sepupu Berisiko Dapat Anak Lambat Perkembangan, Ini Hasil Kajian!

APA ITU SINDROM AMELIA?

sindrom amelia

Nicholas James, penceramah motivasi terkenal.

‘Amelia Syndrome’ ialah kecacatan pada kelahiran bayi kerana kekurangan satu atau lebih anggota badan. Istilah sindrom ini boleh diubah suai untuk menunjukkan bilangan kaki atau lengan yang hilang semasa lahir.

Seperti ‘Tetra Amelia Syndrome’ pula, adalah gangguan yang sangat jarang berlaku yang dicirikan oleh ketiadaan keempat-empat anggota badan. Sindrom ini juga boleh menyebabkan kecacatan teruk pada bahagian badan yang lain, termasuk sistem saraf, muka, kepala, jantung, rangka, sistem gastrousus, saluran kencing dan alat kelamin.

Oleh kerana keadaan sindrom ini sangat teruk, kekerapan dilaporkan sekurang-kurangnya 30 kali lebih tinggi dalam kalangan bayi yang lahir meninggal dunia berbanding kelahiran hidup.

CARA DIAGNOSIS SINDROM INI & TANDA

sindrom amelia

1. Pra-natal : Amelia Syndrome boleh didiagnosis secara pra-natal tetapi boleh terlepas atau salah semasa diagnosis. Kes yang dikenal pasti atau disyaki semasa pranatal hendaklah disahkan selepas bersalin sebelum dimasukkan ke dalam pengawasan pakar.

2. Selepas bersalin: Pemeriksaan yang teliti terhadap bayi yang baru lahir, dibantu oleh radiografi, mengesahkan diagnosis Amelia dan membezakannya daripada kecacatan pengurangan anggota badan yang lain.

Antara tanda yang boleh dilihat adalah ketika 24 dan 36 hari selepas persenyawaan, perkembangan anggota badan mungkin terhalang. Ini akhirnya boleh menyebabkan ketiadaan lengkap atau sebahagian daripada satu atau lebih daripada satu anggota badan.

Punca lain yang menyebabkan Amelia Syndrome ini juga adalah kerana masalah varian (juga dipanggil mutasi) dalam dua gen  menyebabkan sindrom tetra-amelia. Dalam sesetengah kes individu yang terjejas, punca tetra-amelia belum ditentukan.

*Walaupun sindrom ini merupakan perkara yang sememangnya ingin dielakkan dalam kehamilan, diagnosis dan pengetahuan yang teliti perlu diberikan.

Baca juga: Najis Kategori Nombor 3 Dan 4 Paling Sihat, Pastikan Check Jenis Najis Anda Ya!

Sumber: Medline Plus, Centres for Disease Control and Prevention

Foto: NBC News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×