Inspirasi

Sekolah Di Sepanyol Ini Perkenal Subjek Wajib Latih Pelajar Lelaki Buat Kerja Rumah, Terbaik!

68
SHARES

Melakukan kerja-kerja rumah seperti menggosok baju, memasak dan mengemas rumah seringkali dikaitkan dengan perempuan. Ramai yang masih mempunyai persepsi bahawa kerja-kerja ini hanyalah perlu dilakukan oleh perempuan dan bukan lelaki. Ternyata, pandangan anda perlu diubah!

Jika sebelum ini kita dapat lihat banyak pendedahan di media sosial, mengenai sekolah di Jepun dimana pelajar di sana dilatih sejak dari kecil untuk melakukan kerja-kerja mengemas. Terbaharu, sebuah sekolah di Sepanyol juga mendapat perhatian media kerana mengambil inisiatif untuk melatih pelajar lelaki membuat kerja rumah.

LATIH PELAJAR LELAKI BUAT KERJA RUMAH UNTUK HENTIKAN GENDER INEQUALITY

Langkah yang diambil oleh Sekolah Calegio Monstecastelo, Sepanyol ini untuk melatih pelajar lelaki membiasakan diri dengan kerja-kerja rumah adalah untuk menghentikan pandangan ketidaksamaan jantina. Maklumlah, lelaki pun kena pandai memasak dan mencuci pakaian sendiri bukan?

Apa yang menariknya, kelas ini menjadi salah satu subjek wajib untuk pelajar lelaki belajar di sekolah. Subjek ekonomi rumahtangga ini juga menekankan aktiviti praktikal yang sesuai untuk lelaki seperti menukang dan skil elektrik.

AYAH PUN BOLEH IKUT MASUK KELAS!

Bukan sahaja anak lelaki di sekolah, malah si ayah pun boleh ikut serta kelas yang ditawarkan di sekolah ini. Para ayah berpeluang untuk belajar melakukan kerja rumah bersama anak-anak di sekolah.

*Usaha murni sekolah ini juga mendapat liputan yang luas dan dipuji ramai. Harapan semoga sekolah di Malaysia pun akan latih anak-anak lelaki kita supaya terbiasa dengan kerja-kerja rumah sebegini.

Sumber : Rachfeed, Colegio Montecastelo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×