40 Minggu

Bila Guna Alat Cegah Hamil IUD, Kena Jaga-Jaga Dengan 5 Tanda Ini. Bahaya!

2
SHARES
IUD CEGAH HAMIL

Intrauterine Device atau nama singkatannya IUD adalah alat pencegah hamil yang dipasang di dalam rahim wanita. Bentuk alat ini ada seperti huruf ‘T’ dan diperbuat daripada bahan plastik. Terdapat 2 jenis IUD cegah hamil yang boleh digunakan oleh kaum wanita iaitu copper atau mirena.

Pemasangan alat pencegah hamil sudah tentunya mempunyai risiko tersendiri dan IUD perlu dibuang sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah ini.

Baca juga: Bayi Lelaki Lebih KUAT MENYUSU Berbanding Baby Perempuan, Ibu Setuju Tak?

IUD CEGAH HAMIL: KENA BUANG BILA ADA TANDA INI

IUD CEGAH HAMIL

1. IUD tamat tempoh

IUD jenis copper mampu bertahan selama 10 tahun, manakala IUD untuk hormon boleh bertahan selama 3 hingga 8 tahun, bergantung pada jenama.

Semak tarikh luput khusus IUD anda dan membuangnya mengikut ketetapan tarikh untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

2. Masalah kesihatan

Seterusnya, IUD cegah hamil perlu dibuang sekiranya anda mengalami masalah kesihatan atau sebarang komplikasi ketika menggunakan IUD.

Jika anda mengalami simptom seperti pendarahan dan sakit perut, dapatkan nasihat doktor dengan segera serta buang alat tersebut.

3. Tukar alat cegah hamil

IUD perlu dibuang sekiranya anda ingin bertukar kepada alatan cegah hamil jenis lain mengikut kesesuian diri.

4. Ingin hamil

Seterusnya, sekiranya anda berhasrat untuk hamil dan menambah cahaya mata, IUD akan dikeluarkan supaya proses hamil dapat dilakukan dengan segera.

5. Menopause

Jika anda sudah menopause mungkin tiba masanya untuk membuang IUD. Walaupun tidak perlu mengeluarkan alat tersebut dengan serta-merta, namun ia tidak lagi memberi manfaat.

Perlu diingatkan agar tidak sesekali mencuba untuk mengeluarkan IUD secara sendiri di rumah. Peralatan dan latihan khusus diperlukan untuk memastikan prosedur berjalan dengan selamat serta berjaya.

Percubaan untuk mengeluarkan IUD sendiri boleh membawa kepada komplikasi yang serius seperti jangkitan kuman dan kemungkinan beberapa bahagian IUD tertinggal di dalam rahim anda.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu di luar sana.

Baca juga: “Tolong Kepala Bayi Dah Keluar” – Ibu Lahirkan Anak Dalam Kereta Depan Pintu Klinik

Sumber: Associates in Women Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×