40 Minggu

“Tolong Kepala Bayi Dah Keluar” – Ibu Lahirkan Anak Dalam Kereta Depan Pintu Klinik

14
SHARES
MELAHIRKAN ANAK

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang wanita melahirkan anak di hadapan klinik kesihatan yang terletak di Ipoh, Perak.

Menerusi hantaran di TikTok dan Facebook, mereka menjelaskan bahawa ketika kejadian itu berlaku suasana begitu huru-hara kerana ingin menyambut kelahiran bayi.

Baca juga: Bayi Usia 10 Hari Diberi Makan Bubur Nasi, Ibu Ini Dikecam Dalam Tiktok!

MELAHIRKAN ANAK DALAM KERETA DI HADAPAN KLINIK KESIHATAN

MELAHIRKAN ANAK

Jelasnya, ibu tersebut hanya sempat melahirkan anak di dalam kereta yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk klinik itu.

Tambahnya lagi, sewaktu berada di lokasi kejadian, dia sangat teruja dan memuji tindakan pantas pekerja di Klinik Kesihatan Kg Simee, Perak.

“Saya di sini cuma nak kongsi detik-detik cemas petang tadi. Seorang wanita hamil hanya sempat bersalin di dalam kereta, betul-betul di depan pintu masuk klinik. Saya salute dan tabik spring dengan tindakan pantas akak-akak misi kita menangani kes kecemasan seperti ini,” ujarnya.

Sewaktu kejadian cemas ini berlaku, ibu kepada bayi tersebut sebelum itu sempat menjerit meminta pertolongan. Dia memberitahu kepala anaknya sudah keluar dan perlu bersalin segera.

Walaupun keadaan agak kelam-kabut ketika itu namun bayi dan wanita tersebut difahamkan dalam keadaan baik-baik sahaja dan kedua-dua selamat.

“Ketika saya masih masih di klinik tadi, baby dan wanita terbabit baik-baik sahaja. Saya pula yang berdebar melihat kejadian tersebut jadi di depan mata,” luahnya.

Video pendek berdurasi kurang 1 minit yang dikongsikan di TikTok itu dibanjiri komen warganet memuji kecekapan pekerja kesihatan di situ.

Memang terbaik!

Video penuh:

@nuruldsafiy

Assalamualaikum..saya disini cuma nak share detik2 cemas petang tadi..seorang wanita hamil hanya sempat bersalin di dalam kereta…betul2 di depan pintu masuk klinik. Saya salute dan tabik spring dgn tindakan pantas akak2 misi kita menangani kes kecemasan seperti ini..mana taknya..selang beberapa minit saja kereta hitam ini tiba didepan pintu klinik..ibu wanita terbabit menjerit..’misi tolong misi sudah keluar kepala baby’..masa saya masih di klinik tadi, baby dan wanita terbabit baik2 saja..semoga selamatlah hendaknya ye..saya pula yg berdebar2 lebih kejadian jadi depan mata la kan.. apa2 pon terbaik dan salute saya ucapkan kpd akak2 misi dan doktor2 Klinik Kesihatan Kg Simee😊👍

♬ nhạc nền – douyin dance – douyin dance

Baca juga: Kelahiran Bayi Di Malaysia Suku Pertama Tahun 2024 Dilaporkan Makin Menurun

Sumber: TikTok Nuruldsafiy & Nurul Al Safiy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×