Asuh

Bayi Usia 10 Hari Diberi Makan Bubur Nasi, Ibu Ini Dikecam Dalam Tiktok!

56
SHARES
MAKANAN ANAK

Bergelar seorang ibu sudah tentunya perlu mengambil berat tentang makanan anak. Hal ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku seperti sakit perut.

Ini termasuklah makanan pejal yang boleh mula diberikan pada usia 6 bulan ke atas namun lain pula dengan tindakan seorang ibu di aplikasi TikTok.

Baca juga: Bayi Dibuang Jadi Anak, Punca Pasangan Ini Tak Jadi Cerai Sehari Sebelum Puasa

TAK AMBIL BERAT MAKANAN ANAK, UMUR 10 HARI DAH SUAP BUBUR

MAKANAN ANAK

Menerusi video tular berdurasi kurang 1 minit itu, dapat dilihat si ibu menyuap makanan anak ke dalam mulut bayinya yang hanya berusia 10 hari.

Tindakan tersebut sudah tentunya menerima pelbagai komen daripada warganet kerana ia boleh menyebabkan bayi tidak sihat dan kematian.

Namun si ibu tetap dengan pendiriannya mengatakan cara tersebut adalah baik dan tidak membahayakan kesihatan anaknya.

Menjengah ke video lain, si manjanya itu kini sudah berusia 5 bulan dan dalam keadaan sihat seperti yang diinginkan oleh warganet.

Rata-rata juga meninggalkan komen memberi nasihat kepada ibu tersebut untuk tidak mengulangi perkara ini lagi kerana ia sangat membahayakan.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 6 juta tontonan di laman TikTok. Diharapkan ibu-ibu di luar sana tidak melakukan tindakan ini dan sentiasa menambah ilmu tentang penjagaan bayi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu Luah Rasa Sedih & Kecewa Tak Cukup Duit Nak Belikan Hadiah Hari Guru

Sumber: TikTok Rulyjember

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×