Sihat

Lelaki Datang Klinik & Mengaku Ada Buasir, Rupanya Sakit Punggung Sebab Hubungan Luar Tabii

1
SHARES
LUAR TABII

Umum mengetahui, hubungan luar tabii bukan sahaja bertentangan dengan fitrah manusia, tetapi melanggar hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Menerusi perkongsian Dr Erna Nadia di laman Facebooknya, dia menerima kunjungan daripada pesakit yang menyatakan bahawa mengalami kesakitan di bahagian punggung.

Baca juga: Doktor Kongsi Tips Persediaan Pesakit Dialisis Pergi Umrah, Salah Langkah Boleh Ragut Nyawa!

SAKIT PUNGGUNG INGATKAN BUASIR, RUPANYA BUAT HUBUNGAN LUAR TABII

LUAR TABII

“Ada seorang pesakit muda, lelaki 19 tahun datang klinik sebab dia kata dia buasir. Saya minta nak periksa tapi dia tak bagi. Saya faham dia malu, jadi saya bagi ubat krim. 

“Selepas beberapa bulan, saya jumpa dia semula di klinik lain dengan simptom yang masih sama cuma kali ini sedikit pucat nampak tidak sihat. Saya rujuk dia kepada pakar kerana risau buasir semakin teruk, kehilangan darah dan perlukan rawatan lanjut,” ujarnya.

Namun, lain pula yang berlaku apabila pakar tersebut menjelaskan kepada Dr Erna bahawa pesakit itu disahkan menghidap penyakit sifilis. Selepas disiasat ternyata lelaki berkenaan sebenarnya melakukan hubungan luar tabii ketika berada di sekolah.

“Asalnya buat sebab nak dapat duit poket lebih tetapi jadi seronok pula. Katanya ramai kawan buat, kenapa diri dia sahaja yang kena. Dia minta krim sebab bahagian an**nya selalu gatal dan banyak masalah.

“Saya rasa ‘loser’ sangat sebab tak periksa bahagian lain yang boleh dilihat seperti rambut, mulut, kaki dan tangan. Memang pengajaran untuk saya lepas ini kena lebih ‘kepoci’ sebab tak tahu apa yang jadi,” luah Dr Erna Nadia.

Ternyata kes masalah kesihatan seperti penyakit kelamin banyak berlaku di luar sana disebabkan hubungan luar tabii yang semakin berleluasa.

Diingatkan agar yang dah berkahwin atau ingin berkahwin, jika ada simptom lelehan/cecair di kawasan kemaluan, ruam di badan, tangan, gugur rambut berlebihan atau nampak pasangan selalu tidak sihat, buatlah pemeriksaan.

Penyakit kelamin boleh merebak kepada pasangan anda dan jika isteri sedang hamil, boleh kena juga pada janin di dalam rahim isteri.

Firman Allah SWT:

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”. Surah al-Naml: 55

LUAR TABII

Baca juga: Cara Buat Sate Balut Popia ‘Viral’ Di Rumah, Ada Dua Resepi Berbeza Boleh Cuba!

Sumber: Facebook Dr Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×