Famili

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Bermula 1 Disember (Ahad) Ini

3
SHARES
permohonan matrikulasi

Bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 dan ingin meneruskan pelajaran di Matrikulasi, permohonan Matrikulasi fasa satu sesi 2025/2026 dibuka bermula 1 Disember hingga 28 Februari 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan fasa dua dan proses kemas kini akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Baca juga: [TERKINI] Jadual Rasmi Peperiksaan SPM 2024 Untuk Rujukan Calon Pelajar & Ibu Bapa

PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2025/2026 DIBUKA 1 DISEMBER

PERMOHONAN MATRIKULASI

Kredit imej: Kosmo

Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman https://matrikulasi.moe.gov.my.

Keputusan permohonan Matrikulasi akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran serta dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran program berkenaan.

Selain itu, mulai sesi 2025/2026, pelajar boleh memohon mengikuti Jurusan Sains Komputer di Program Matrikulasi. Bagi pelajar tahfiz SPM 2024, mata pelajaran Hifz al-Quran turut dilaksanakan mulai 2025.

Syarat am dan minimum untuk masuk

– Tidak melebihi 20 tahun semasa memohon.

– Warganegara Malaysia.

– Pemohon mestilah calon SPM semasa

Syarat minimum:

  • Bahasa Melayu gred C
  • Bahasa Inggeris gred C
  • Matematik B
  • Kimia lulus
  • Matematik tambahan C
  • Fizik C
  • Sejarah lulus

Program yang ditawarkan adalah:

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan kepada [email protected].

Baca juga: Cara Kemaskini STR Fasa 1 Tahun 2025, Kena Buat Sebelum 30 November ini!

Sumber: KPM & BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×