Famili

Sambung Belajar Bidang Sains Tulen Susah Dapat Kerja, Ini Adik-Adik Kena Tahu

16
SHARES
ALIRAN SAINS TULEN

Bagi pelajar aliran Sains Tulen, pasti rata-rata akan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sains. Hal ini supaya mudah untuk mendapat tempat dalam alam pekerjaan setelah habis belajar.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian pengguna aplikasi X bernama Mas Faiz Hakim, dia menjelaskan beberapa tips perlu diambil berat jika meneruskan pelajaran dalam bidang Sains.

Baca juga: Seramai 85,706 Calon SPM 2023 Gagal Subjek Matematik, Apa Puncanya?

ALIRAN SAINS TULEN SUSAH DAPAT KERJA, BETUL KE?

ALIRAN SAINS TULEN

Sebagai seseorang dari bidang Sains, saya nak kongsi beberapa benda penting kepada yang baru habis SPM supaya anda tidak melakukan kesilapan.

Malaysia bukan negara pencipta (Fundamentalist) tetapi negara pengguna teknologi (Technologist). Kepada yang minat bidang sains, pilihlah kursus yang ada aplikasi.

Contoh:

  • Applied science
  • Engineering
  • Medical
  • Pharmacist
  • Data Analyst
  • Computer Science IT

Elakkan bidang core Sains seperti:

  • Pure Mathematics
  • Astrophysics
  • Aerospace
  • Chemistry
  • Biologi
  • Gelogi

Boleh ambil tapi peratusan untuk dapat kerja agak rendah dan susah.

Peratus pekerjaan di Malaysia:

  • Engineering – 15%
  • Medical – 15%
  • Finance – 20%
  • Admin – 20%
  • IT – 15%
  • Pure Science – 5%

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadi, kalau minat betul minat sains nak buat apa?

– Mohon kursus berkaitan Matametik, Biologi, Kimia dan Fizik.

– Pastikan maintain pointer GPA (akademik)

– Universiti mana mana tak penting. Pilih yang bersesuaian.

– Belajar skill relevant dalam industri teknologi dan mohon sijil kelayakan.

Contoh skill teknikal dan software industri yang diutamakan:

  • Microsoft Office (Words, Excel, Powerpoint)
  • Drawing (AutoCAD, Mathlab, SolidWork)
  • Design (Adobe photoshop, PremierPro)
  • Data Analyst (SQL, SAP, Python)

Kepada yang nak sambung bidang Sains Tulen, saya nak bagitahu, apa yang kita belajar itu sebenarnya hanya problem-solving skill, bukan usable skill.

Dapat keputusan tinggi itu bagus, tapi jangan anggap orang akan hargai keputusan kita. Apa yang anda skor itu hanya untuk uji diri sendiri sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan perkongsian tersebut dan mencadangkan agar pelajar lepasan SPM memilih kos mengikut hala tuju negara.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: ‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!

Sumber: X Mas Faiz Hakim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×