Famili

11,713 Calon Dapat Semua A Keputusan SPM 2023, Lebih Baik Dari 2022

10
SHARES
KEPUTUSAN SPM 2023

Keputusan SPM 2023 mencatat pencapaian lebih baik berbanding tahun 2022 di mana Gred Purata Nasional (GPN)  adalah 4.60 berbanding 4.74.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023.

Baca juga: Wow! Tuang 1 Cawan ‘Bahan Rahsia’ Ini Boleh Putihkan Tudung Sekolah Anak

KEPUTUSAN SPM 2023: 11,713 CALON DAPAT SEMUA A

KEPUTUSAN SPM 2023

Jelasnya, pada tahun 2o22, seramai 10109 pelajar memperoleh keputusan cemerlang. Ini bermakna ada peningkatan pada tahun 2023.

Bilangan calon mendapat kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022.

“Seramai 131,480 calon (35.2 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pada keputusan SPM 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3,296 calon (0.9 peratus), berbanding 128,193 calon atau 34.4 peratus pada 2022,” katanya.

Tambahnya lagi, peratus calon layak menerima sijil SPM adalah seramai 349,297 calon bersamaan 93.5 peratus berbanding 342,742 calon atau 91.6 peratus pada 2022.

Pencapaian SPM tahun 2023 antara bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, namun jurang pencapaian calon kekal pada 0.43 mata seperti SPM 2022.

Keputusan SPM 2023 boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi atau semakan boleh dilakukan secara dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS)

Sistem ini diaktifkan bermula jam 10 pagi ini sehingga jam 6 petang 2 Jun ini.

Baca juga: Pemohonan Kemasukan Tahun 1 2024/2025 Dibuka Bermula 2 Mei Ini

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×