Mempunyai kerjaya yang bagus dan diimpikan sejak sekian lama merupakan batu loncatan dalam kehidupan. Namun, disebabkan pasaran ekonomi dalam bidang kerjaya dilihat semakin sukar, ramai dalam kalangan graduan baharu yang mengadu di laman media sosial bahawa sangat susah untuk mereka dapat kerja!
Adik-adik yang baru nak menceburkan diri dalam dunia kerjaya, janganlah salahkan pasaran sahaja kerana kesalahan itu boleh berpunca dari anda sendiri. Berikut merupakan 8 sebab graduan susah nak ‘tembus’ pasaran dari saudara Saiful Nang.
Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?
KENAPA RAMAI GRADUAN SUSAH DAPAT KERJA?
Pakcik tengok anak-anak yang hantar resume minta kerja hari ni ada beberapa masalah yang seragam. Hidup ini keras dik. Mohon harap ibu bapa dan mungkin institusi pengajian yang mendidik mereka ini ambil maklum urusan ini. Sebagai majikan dalam syarikat level Mengah Holdings, maka pakcik rasa, pandangan pakcik ini ada wibawa untuk dibincangkan.
1. Resume terlalu template dan panjang
Apa yang bakal majikan nak tahu ialah “kau boleh buat kerja ke tak?” Tunjuk kau boleh buat kerja. Kalau kau belum ada pengalaman, terus terang katakan kau tiada pengalaman dan sanggup belajar dari bawah. Itu lebih senang nak atur daripada resume macam David Beckham tapi rupanya belum tumbuh bulu.
2.Keyakinan terlampau rendah
Lebih ramai yang skor pointer 3.5+ tetapi bila ditanyakan soalan yang biasa-biasa jadi gugup susah nak jawab dan keyakinan terlampau rendah sekalipun mereka kenali pakcik ini seorang personaliti Raretv yang girang dan banyak masuk bloopers.
3.Letak kemahiran tinggi tapi sebenarnya TIDAK
Penarafan kemahiran kalau sekadarnya sahaja tapi dah tulis “ADVANCED” dan boleh anggap “INTERMEDIATE” itu serupa macam tak pandai tapi tahu sikit-sikit, jangan tidak. Contoh kalau kata Mandarin “INTERMEDIATE” sekali pakcik cakap Cina mereka tak boleh jawab. Mungkinkah Pakcik terlalu Chinese sehingga sukar difahami? (ini contoh jer).
4. Tak ada adab minta kerja
Hantar resume dengan cover letter copy paste. Ada yang kurang bijak terus tulis “To whom it may concern” dan dalam email address listing tu ada seratus dua belas email lain selain email pakcik. Orang macam ni, Pakcik anggap dia terlalu power sehingga semua orang nak rebutkan beliau. Maka pakcik orang yang tak suka berebut, pakcik biarkan orang lain yang rebut.
5.Tak cerita tentang kepandaian boleh bawa manfaat
Dalam interview, mereka banyak tunjuk apa yang mereka tahu bukan nak tahu apa yang pakcik perlu. Begini kalau nak mudah dapat kerja. Kalau orang lapar, kita jual makanan. Bila orang haus, kita jual air. Baru laku. Jangan cerita apa kau pandai dik, cerita bagaimana kepandaian kau itu boleh melonjakkan lagi kehebatan syarikat yang kau nak kerja tu. Baru benang masuk jarum.
6. Berhentilah cakap macam cakap dengan kawan
Walaupun Pakcik ni remaja berwawasan yang mesra alam, tapi kalau pakcik interview kau janganlah kau nak “doh doh” pakcik. Pakcik ni baya abah-abah kau doh. Ke kau cakap doh doh tu kat abah kau juga?
7.Guna kroni mak ayah
Emak yang tanyakan pakcik ada kerja kosong tak untuk anak dia. Ini siang-siang pakcik dah tolak. Belum berjaya lagi kau dik, kau dah buat emak kau macam kau punya PA.
8. Ditanya tak semestinya kena jawab
Ini paling jahanam. Asalkan pakcik tanya, tak semestinya pakcik nak dengar jawapan yang kau tahu. Pakcik kadang saja tanya apa yang kau pasti tak tahu dan kalau kau goreng jawapan tu, pakcik sangat tahu kau sedang kencing berdiri. Kalau tak tahu, jawab sahaja “Saya tidak tahu, tetapi jika diberi masa saya tahu bagaimana nak belajar dan cari jawapannya”. Ketahuilah, menjawab TIDAK TAHU juga satu jawapan yang BETUL.
*Untuk semua, tolong kongsi pada anak-anak yang sedang cari kerja supaya mudah untuk mereka..
Baca juga: 10 Jenis Pekerjaan Boleh Buat Di Luar Negara, Nampak Macam ‘Cikai’ Tapi Gaji Lumayan!
Sumber: Saiful Nang