Famili

“Suri Rumah Buat Apa Je?”- Jangan Bikin Naik Angin, Ini 16 Tugas WAJIB Suri Rumah Setiap Hari!

12
SHARES
suri rumah

Buat wanita yang mempunyai kerjaya sebagai suri rumah, mereka sering dipandang rendah orang yang mempunyai kerjaya di pejabat. Dianggap hanya masak, tidur dan duduk rumah 24 jam tanpa gaji, hakikatnya tugas mereka tidak mudah seperti yang disangka.

Oleh kerana ‘penat’ mendengar kata-kata sinis orang ramai bertanyakan apa tugas suri rumah sepanjang hari, berikut merupakan perkongsian dari seorang ibu bernama Hanis Athirah Rusli yang menyenaraikan antara 16 tugas WAJIB dilakukan oleh suri rumah sepanjang hari.

Baca juga: Makin Ramai Suami Pilih Jadi Suri Rumah, Trend Meningkat Sebanyak 70 Peratus!

“SURI RUMAH BUAT APA JE?”- MARI TENGOK WANITA INI SENARAIKAN TUGAS!

suri rumah

Foto: Freepik

Oh, saya ni sebenarnya…

1.Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga (parlimen: ruang tamu dan dapur).

2.Pakar Kewangan Tanpa Bonus Tahunan.

3.Peguam Bela Hak Kanak-Kanak (anak sendiri je la)

4.Chef 5 Bintang yang masak ikut menu apa yang ada dalam peti ais.

5.Tukang Cuci Pinggan dan Manager Laundry yang kain tak pernah habis.

6.Doktor Google Certified (pakar Google).

7.Cikgu Serba Boleh.

8.Ketua Audit spot makanan tersembunyi anak-anak.

9.Coach Sukan: “Lari cepat, bola dah masuk longkang tu!”

10.CEO Urusan Rumahtangga Sdn. Bhd.

11.Motivational Speaker tak bertauliah, sebab tiap-tiap hari kena bagi pep talk dekat anak-anak, “You can do it! Jangan nangis, nanti kita try lagi.”

12.Event Planner last minute, terutamanya kalau ada orang tiba-tiba nak datang rumah, terus kena plan operasi kilat kemas rumah.

13.Jurugambar rasmi, sebab semua moment anak-anak kena tangkap, dari langkah pertama sampai main lumpur.

14.Tukang Jahit Express, bila butang tercabut pagi-pagi nak pergi kenduri.

15.Ahli Kimia Experiment DIY, sebab nak bersihkan dinding yang anak-anak conteng guna ‘pen ajaib.’

16.Muallim Kecil-Kecilan, sebab tiap-tiap hari ajar anak mengaji, ulang hafazan dan cerita kisah nabi sambil cuba jawab soalan-soalan tricky anak-anak macam,“Macam mana air zamzam tak pernah habis, mama?

Kerja ini mungkin nampak simple bagi orang lain, tapi kalau nak cari pengganti untuk semua tugas ini, rasa-rasanya syarikat mana sanggup bayar pakej penuh? Yang penting, saya buat semua ni sebab saya sayang keluarga saya.

Walaupun tak ada cuti, tak ada OT, tak ada gaji. Tapi bila tengok anak-anak tidur lena, senyum puas lepas makan lauk favourite mereka atau dengar suami cakap, “Terima kasih sayang, semua okay sebab awak” Alhamdulillah itu dah cukup bagi saya.

suri rumah

Foto: Freepik

*Oleh itu, sedarlah bahawa kerjaya sebagai suri rumah ini adalah seorang multi-tasker yang sangat luar biasa. Jadi, kalau terjumpa suri rumah lain elakkan dari bertanya soalan seperti di atas kerana haikatnya, kerja suri rumah ini dilakukan dari A-Z dan menerima ganjaran pahala besar.

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

Sumber: Instagram @hanisathirahrusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×