DIY & Kraf

Aduh, Duri Masuk Dalam Jari! Tak Payah Korek Guna Pengetip Kuku, Guna Cara Rendam Ini Je

24
SHARES
pokok duri tujuh

“Adoi sakitnya jari ni bila termasuk duri pokok duri tujuh. Kena keluarkan cepat, katanya bahaya dan boleh terkesan organ dalam badan!”

Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah terdengar tentang teori ini apabila duri pokok termasuk dalam jari atau dipanggil ‘selumbar’ bukan? Memang sakit dan tidak selesa seperti dicucuk-cucuk di bahagian jari jika kita tidak mengeluarkan duri ini dengan cepat. Tapi, tak perlu nak korek guna pengetip kuku kerana ada teknik yang lebih mudah untuk anda cuba!

Baca juga: DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

SAKITNYA BILA DURI POKOK DURI TUJUH MASUK DALAM JARI, MACAM MANA NAK KELUARKAN?

pokok duri tujuh

Petua yang baik kena kongsi. Baru-baru ni saya sibuk menanam tetiba jari saya terkena pokok jarum tujuh bilah. Apa lagi durinya melekat masuk dalam jari. Saya cuba keluarkan guna kepit kuku tapi gagal.

Dua ke tiga hari ini jari dah mula bengkak sakit, saya letak ivmist pun kejap je hilang sakitnya. Saya pun tengok Youtube cara untuk keluarkan duri/selumbar.

Caranya:

1.Ambil air suam campur garam.

2.Boleh buat 3 sudu kecil untuk secawan air ni.

3.Kemudian, rendam jari, tak sampai 30 minit.

Saya cuba tekan jari yang bengkak itu. Senang sahaja duri meluncur keluar dan tak sakit lansung. Sebelum ini saya cuba picit keluar, dah la tak boleh, sakit pula tu.

Itu yang saya bulatkan merah itu durinya. Memang kecil tapi sangat bebisa. Ada yang saya baca duri jarum tujuh bilah pernah bergerak ikut aliran darah dan mencederakan organ lain. Risau! Alhamdulillah, berjaya jugak petua ni. Harap-harapnya sesiapa ada masalah macam saya ni boleh la cuba petua rendam air garam ni.

pokok duri tujuh

*Selamat mencuba! Tak payah susah-susah korek dengan pemotong kuku..

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

Sumber: Rose Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×