DIY & Kraf

4 Petua Supaya Rumah Kekal Wangi & Bersih, Barang Digunakan Pun Senang Je!

1
SHARES

Di pasaran lambakan produk pewangi rumah dan pembersih rumah yang dijual, memang tidak terkira. Ada pulak saiz produknya kecil hanya cukup sampai sebulan saja. Kadang ada sedikit masalah bila nak beli baru, duit bukan selalu ada pun.

Jadi nak kekalkan rumah wangi dan bersih boleh cuba 4 petua di bawah ini. Sangat mudah dan murah! Bahan-bahannya pun sentiasa ada di rumah dan boleh divariasikan untuk menghasilkan cecair wangian ini. Balik rumah lepas ini, kurang rasa letih dah. Rasa penat pun boleh hilang dengan hirup bau yang menyegarkan sepanjang masa.

Baca juga: Bapa ‘Hadiahkan’ Anak Kolam Renang, Kongsi Pengalaman Binanya Sendiri!

4 PETUA SUPAYA RUMAH KEKAL WANGI & BERSIH

Kak Nik ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Cuma peruntukan hujung minggu saja masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.

So, Kak Nik kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi. Yang penting, bahan-bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita saja, tak susah kan.

Jom follow 4 cara mudah ini:

1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • 10 cawan air

CARA-CARA:

1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

2. KILATKAN LANTAI RUMAH

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas

CARA-CARA:

1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.

2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai.

Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. WANGIKAN RUMAH

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

CARA-CARA:

1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.

2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. SEGARKAN BILIK AIR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

CARA-CARA:

1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.

2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter Tweet Islamik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×