DIY & Kraf

Bapa ‘Hadiahkan’ Anak Kolam Renang, Kongsi Pengalaman Binanya Sendiri!

1.4K
SHARES

Seronoknya hati bila dapat hadiah sempena ulang tahun kelahiran. Lagi rasa seronok apabila hadiah yang diberikan itu, melalui kudrat titik peluh daripada si pemberi. Memang rasa dihargai sangat dan kita yang menerima pun bakal ingat hadiah itu sampai bila-bila.

Begitu juga, dengan kasih seorang ayah Encik Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan sembarangan ya, hadiah ini adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.

Walaupun asalnya ini hanyalah sebagai projek PKP 2021 yang telah pun tergendala. Mari ikuti kisah pengalaman beliau!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Repair’ Dapur Gas Rumah Sendiri, Anda Pun Boleh Buat!

BAPA ‘HADIAHKAN’ ANAK KOLAM RENANG

Alhamdulillah…akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah.

100% buat seorang dri, modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah dia nak 30k, kalau specialist kolam nk 40k. So ambil keputusan buat sendiri la smbil keluar peluh petang-petang.

Projek PKP 2021 ni, tapi tergendala sebab PKP tamat awal dan cuaca tak menginzinkan.

Amaran…Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ya. Nanti siap separuh jalan, sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa. Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.

PERJALANAN MENYIAPKAN KOLAM RENANG

Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.

Proses galian bermula.

Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.

Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.

Gambar kiri, order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.

Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.

Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.

Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja. Sebelah ini pulak kolam lama, berguna jugak buat lapik. Sebab frust kolam ni bocor la kita buat kolam baru.

Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.

Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow mcm siput.

Meratakan konkrit buatan sendiri.

Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…

Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air.

Ini untuk konkrit lapisan kedua. Kita lapik plastik untuk elak bocor.

okay proses paiping. Nampak rumit tapi proses ni la paling senang. Tak keluar peluh, pakai otak saja.

Huhu…ini berat! Angkat sorang-sorang tiang 7 kaki.

Belajar dari youtube, boleh la.

Ini failed! Langsung tak reti, hentam saja la labu. Done siap 50%. Ini kalau tak silap bulan 11 2021. Hampir putus asa, nak upah orang siapkan.

Kuatkan semangat teruskan jugak. Kita plaster dalam kolam pulak kasi licin.

Sambil-sambil tunggu plaster kering, kita potong besi c chanel untuk lapik lantai.

Test letak kayu dulu bagi ada semangat.

Okay kita waterproof pulak guna sika top107. Nampak hijau tu sebab campur pewarna, plan tak nak cat dah. Sekali tak puas hati sebab tak licin. Kita bantai simen putih pulak, baru licin.

Ni proses pasang lantai decking beli kayu dah siap ketam..

Okay terpaksa cat sebab waterprofing hijau tu tak menjadi.

Ini lah hasilnya. Oder biru terang dapat biru laut, ini la akibat beli online. Dan kita pakai hiasan daun saja sebab nak jimat.

Proses cat lantai decking.

Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.

Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya. Sekian.

Hebatnya si bapa ini! Itulah dia cinta seorang bapa kepada darah dagingnya. Sanggup bersusah-payah membina sebuah kolam renang demi melihat kegembiraan di wajah anak-anaknya. Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, taknak seribu dalih’.

Tapi tak bermakna tidak menghadiahkan anak sebuah kolam renang itu, tiada pengorbanan ya. Semuanya bergantung kepada cara dan rezeki seseorang itu meluahkan kasih sayang kepada keluarganya ikut kemampuan. Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta!

VIDEO PENUH:

 

Sumber: Facebook Zaim Zainudin Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×