Famili

Ada Penjawat Awam Yang Tak Suka & Rasa Tak Cukup Naik Gaji? Ini 3 Cadangan Untuk Anda

35
SHARES
kenaikan gaji

Baru-baru ini, ada pengumuman khas dan berita gembira buat semua penjawat awam apabila Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji bermula Disember 2024. Malah, perincian mekanisme pengiraannya juga turut disediakan supaya kakitangan awam boleh semak.

Namun, di sebalik berita gembira ini, masih wujud golongan yang tidak bersyukur dan menganggap paras kenaikan tersebut masih rendah. Jadi, golongan ini telah dilabel sebagai ‘kufur nikmat’ oleh para netizen dan berikut merupakan nasihat yang diberikan.

Baca juga: Naik 15%, Ini Simulasi Fasa 1 & 2 Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula Disember Nanti

“KENAIKAN GAJI MASIH SIKIT”- ADA YANG TAK BERSYUKUR, INI NASIHAT PEDAS!

kenaikan gaji

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji sehingga 15% untuk semua penjawat awam persekutuan mulai Disember 2024. Disebabkan masih wujud segelintir golongan yang kufur nikmat, saudara Azizul Salehudin tampil untuk menyuarakan pendapat di laman Facebooknya.

10 tahun aku dalam perkhidmatan awam, tak pernah pun dapat kenaikan gaji (kecuali KGT lah). Semalam dapat kenaikan, ramai pula yang tak puas hati. Entah apa masalah. Bersyukur? Jauh sekali. Dimaki pula orang yang umumkan kenaikan.

Dia macam ni lah. Biasanya, orang yang tak bersyukur ni, dialah yang akan selalu rasa tak cukup. Selalu kena himpit dengan hutang. Selalu bernafsu nak beli itu ini. Selalu kena scam. Sebab itu Allah sebut dalam Qur’an,

“Kalau kamu bersyukur, aku tambah nikmat. Kalau kamu kufur, azab sangat pedih.”

Nabi juga pesan:

‎مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ لَا يَشْكُرُ اللَّهَ

‎“Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, bererti tidak bersyukur kepada Allah.”- ‎(Ahmad dan Baihaqi).

Penjawat awam yang tak suka naik gaji, ini ada 3 cadangan:

1. Tulis surat kepada PTJ masing-masing, cakap tak nak terima kenaikan gaji.

2. Sedekah semua kenaikan kepada rumah kebajikan. Kalau tak tahu nak salur ke mana, ramai boleh cadangkan.

3. Hantar surat berhenti kerja.

kenaikan gaji

Kita ni sebenarnya, gaji banyak mana pun tak akan cukup kalau tak ada sifat qanaah dan zuhud. Minta naik gaji tak salah. Teruskan berjuang minta naik gaji setimpal dengan kerja dan itu normal. Tapi kalau orang dah bagi, ucap terima kasih. Yang jauh lebih penting, carilah kecukupan dalam kehidupan dengan sentiasa bersyukur.

Baca juga: Kematian Tragis Adik Nuraina Humaira, Dirogol & Dibunuh Selepas Nak Beli Ayam Goreng…

Sumber: Azizul Salehudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×