Famili

Wanita Ini Kongsi Tips Pergi Temuduga SPA, Mesti ‘Lepas’ Punya!

355
SHARES

TIPS TEMUDUGA SPA

Pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai cita-cita untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan, perlulah memohon jawatan dan pergi temuduga SPA terlebih dahulu.

Nak tahu tips sehingga berjaya mendapat tempat di pejabat kerajaan? Ikuti tips temududa SPA perkongsian Dyg Fatin Najwa di bawah. Pasti berjaya!

Baca juga: Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA, Baru Lebih Teratur & Tak Pening!

WANITA INI KONGSI TIPS TEMUDUGA SPA, MESTI ‘LEPAS’ PUNYA

24/1/2022 tarikh keluar keputusan temu duga pegawai perhubungan perusahaan S41. Alhamdulillah syukur pada Allah keputusan temu duga aku berjaya!

Ada yang tanya apa tips berjaya? aku tidak ada tips sangat jadi aku kongsikan pengalaman aku semoga dapat memberi manfaat buat yang masih berjuang.

Exam: 2/7/2021

Keputusan exam: 15/7/2021

Pengumuman jadual temu duga: 8/11/2021

Tarikh temu duga: 15/11/2021

Keputusan temu duga: 24/1/2022

PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA 

1. Master the basic knowledge about this position. 

Penting guys! Fahami fungsi jawatan tersebut jangan hanya hafal diskripsi tugas. beza hanya menghafal dengan yang faham. Kalau kita faham kita akan jawab dengan lebih yakin mengunakan ayat kita sendiri sekiranya ditanya dan mudah untuk kita kaitkan fungsinya dengan pengalaman kerja kita.

Study pasal kementerian yang berkaitan serta jabatan-jabatan dibawahnya. Semua ni ada di portal kementerian google sahaja. Selain itu,isu semasa berkaitan kementerian dan jwtan ini, badan antarabangsa yang berperanan dan berkaitan.

2. Mock Interview

Sangat membantu melancarkan percakapan kita semasa iv sebenar dan mengurangkan gemuruh kita nanti. Ajak lah kawan, adik beradik kalian buat mock iv. Introduction bagi saya kena perfect ini adalah soalan cepumas soalan wajib! Jadi practice betul-betul susun ayat cantik-cantik.

3. Tips interview SPA di YouTube 

Yang ini aku sarankan kalian tegok video-video sharing tips SPA channel SuperMatt Sharing. Beliau merupakan panel penemuduga SPA yang berpengalaman jadi dia tahu apa expectation penemuduga.

4. Join group Telegram & WhatsApp

Yang ni aku tahu ramai akan buat cuma ada juga yang jenis ignorant. Jangan jadi macam tu guys. Join lah group yang ada. Kalau tak ada yang buat group, be proactive to create the group. Study lah sama-sama calon lain.

PERSEDIAAN HARI TEMUDUGA 

1. Susunan Fail 

Tips penyusunan fail ini aku ikut tips daripada perkongsian fb: AKMAL ROZMAN. Susunan memang kemas dan sedap mata memandang. Cuma yang aku tambah pada bahagian penyelidikan. Aku letak journal fyp aku sebab dalam sistem myresume nanti akan ada bahagian penyelidikan jadi aku decided letak juga dalam fail.

Bawa document asal kecuali ic parents bawa salinan berwarna. Resume perlu ke since kita dah update kat myresume? Bagi aku sediakan saja. Do extra effort walaupun dia tak cakap kena sediakan.

2. Pemakaian 

Pakaian formal bagi perempuan baju kurung/kemeja + blazer + skirt, lelaki kemeja + blazer. Kasut hitam bertutup. Jawatan gred 41 kena ada name tag. Makeup sikit walaupun pakai mask nanti dalam bilik iv kita buka mask jadi jangan datang dengan muka pucat ya.

3. Datang awal 30 minit

Ya datang awal dan breakfast/lunch dulu sebelum tu agar anda tidak gemuruh dan tidak tentu arah nanti.

SEMASA DI BILIK TEMUDUGA 

1. Ketuk bilik masuk bagi salam.

2. Serahkan fail kepada panel.

3. Duduk kaki lurus kebawah tak perlu silang.

4. Tenang dan berikan senyuman.

5. Boleh bawa beg? boleh nanti letak atas table tea tepi kita nanti

6. Matikan telefon.

7. Setiap mula menjawab aku akan ucap “terima kasih atas soalan tersebut/thank you for the question..” 

8. Habis interview sebelum keluar ucaplah terima kasih.

TIPS TEMUDUGA SPA

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Jangan sedih kalau masih belum berjaya. Yakin Allah dah tetapkan rezki kita masing-masing walau di mana kita berada.

Sumber: Facebook Dyg Fatin Najwa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×