Famili

Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA, Baru Lebih Teratur & Tak Pening!

183
SHARES

Seperti mana kita tahu, jika mahu berkhidmat sebagai pegawai kerajaan anda perlulah memohon jawatan dan pergi temuduga SPA terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu perkara mudah kerana ramai yang memohonnya dan sebagai langkah penyediaan awal, jom ikuti perkongsian Cik Nur Amalina di laman Facebooknya cara susun sijil untuk temuduga SPA. Barulah lebih teratur dan tak pening.

CARA SUSUN SIJIL UNTUK TEMUDUGA SPA, BARU LEBIH TERATUR & TAK PENING

Cara penyusunan sijil dalam fail untuk memohon jawatan SPA. Warna fail saya suggest beli je warna hitam supaya nampak formal.

1. Muka depan fail. Guna fail ring yang keras ya.

TEMUDUGA SPA

2. Letak la apa-apa gambar aktiviti yang berkaitan dengan jawatan dipohon.

3. Buat isi kandungan dan tulisan capital letter bold semua ya.

4. Maklumat temuduga. Print kertas temuduga semua yang berkaitan.

5. Maklumat diri. Resume sebaiknya 1 mukasurat berwarna untuk nampak lebih menarik.

6. Letak original kad pengenalan, bukan yang print atau fofostat. Ambil kad pengenalan dan gamkan. Semua yang dalam fail adalah orginal, bukan copy.

7. Tolong jangan letak gambar selfie atau guna baju nak pergi ke pasar. Tolong guna baju formal.

8. Sijil lahir original.

9. Sijil PMR.

10. Ujian lisan PMR

11. Sijil SPM.

12. Ujian lisan SPM.

13. Sijil berhenti sekolah.

14. Sijil diploma. Kalau ada degree, letak sijil degree.

15. Transkrip diploma.

16. Surat pengiktirafan kelayakan MQA.

17. Sijil MPP.

18. Sijil anugerah.

19. Sijil penglibatan.

20. Surat akaun kerja.

21. Sijil penglibatan peringkat pekerjaan.

22. Sijil penglibatan kokurikulum sekolah.

23. Cara buat labelling. Taip dulu guna komputer atau laptop. Kemudian, print, gunting dan gamkan sahaja di bahagian clear folder untuk setiap sijil.

Semoga bermanfaat dan semoga maju jaya!

Sumber: Facebook Cik Nur Amalina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×