Euforia Bola 2026
Famili

Dilapor ‘Hilang’ Sejak 20 Julai, Pasangan Suami Isteri Tampil Serah Diri Kepada Polis, Rupanya Hutang Kutu..

main kutu

Main kutu dipercayai menjadi punca di sebalik kehilangan pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu apabila kedua-duanya tampil menyerah diri kepada polis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 1.50 pagi sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Baca juga: Tular Pelanggan Letak Anjing Dalam Troli, Premis Barangan Bayi Ditutup Sementara & Mohon Maaf

PASANGAN SUAMI ISTERI DIDAKWA HUTANG MAIN KUTU, SERAH DIRI

main kutu

Menurut beliau, kedua-dua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Jitra pagi ini bagi permohonan reman. Sebelum ini, kehilangan tiga beranak itu menjadi perhatian selepas mereka gagal dihubungi sejak keluar dari kediaman di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam pada 20 Julai lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan bapa kepada wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas usaha menghubungi anak perempuan, menantu dan cucunya tidak berhasil.

Dalam perkembangan terdahulu, Mohd Radzi memaklumkan polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa mengalami kerugian RM25,000 dipercayai berkaitan hutang permainan kutu melibatkan wanita terbabit.

main kutu

Lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan terhadap wanita berkenaan selepas mendakwa wang miliknya tidak dipulangkan.

“Setakat ini kita masih mengesan mereka termasuk suami wanita itu yang berusia 39 tahun dan anak mereka berusia sembilan tahun yang masih hilang,” jelasnya.

Kes berkenaan sebelum ini disiasat sebagai kes orang hilang sebelum pasangan tersebut tampil menyerah diri kepada pihak polis.

Baca juga: 19 Ekor Anjing Liar Berkeliaran Di PPR, Penduduk Tak Lena Bimbang Kanak-Kanak Jadi Mangsa!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×