Nur

Kritik Pusat Zakat Tak Bantu Ibu Tunggal, Anak Yatim & OKU? Jangan Marah, Macam Ini Ceritanya…

17
SHARES
bantuan ibu tunggal

Menunaikan zakat dalam kalangan individu beragama Islam merupakan kewajiban kerana disenaraikan dalam Rukun Islam. Hal ini kerana, pembayaran zakat ini akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan bantuan dalam kadar tertentu. Tetapi, selain orang miskin, kenapa bantuan ibu tunggal, anak yatim dan golongan OKU tidak termasuk di bawah bantuan zakat?

Bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan spekulasi, ini merupakan penerangan dari Lembaga Zakat Selangor.

Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!

BANTUAN IBU TUNGGAL, ANAK YATIM DAN OKU BUKAN KERJA PUSAT ZAKAT?

bantuan ibu tunggal

Kenapa ibu tunggal, anak yatim dan OKU tidak dibantu. Mana pusat Zakat? Kami kerap menerima kritikan seperti ini. Tapi tak ramai yang tahu golongan yang manakah yang menjadi tanggungjawab pusat zakat seperti yang digariskan dalam Al-Quran. Firman Allah Taala dalam Surah At-Taubah, ayat 60:

“Sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang 𝐟𝐚𝐤𝐢𝐫, orang-orang 𝐦𝐢𝐬𝐤𝐢𝐧, pengurus-𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐳𝐚𝐤𝐚𝐭, para 𝐦𝐮𝐚𝐥𝐚𝐟 yang dipujuk hatinya, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚kan dirinya, orang-orang yang 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠, orang-orang 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠 di jalan Allah dan orang-orang yang 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧, sebagai ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

Berdasarkan firman Allah, hanya 8 golongan yang dikategorikan sebagai penerima zakat:

1. Fakir : Orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, tetapi tidak lebih 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Miskin: Orang Islam yang ada harta atau pendapatan yang boleh tampung 50 peratus daripada hak kifayah diri dan keluarganya.

3. Amil : Pengutip zakat.

4. Mualaf : Saudara baharu dalam tempoh 5 tahun.

5. Al- Riqab: Terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah.

6. Al-Gharimin: Terputus sumber pendapatan untuk memenuhi keperluan asasi.

7. Fisabilillah: Aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

8. Ibnu Sabil: Musafir

Ibu tunggal, anak yatim dan OKU tidak termasuk dalam kategori yang dinyatakan, Kenapa?

bantuan ibu tunggal

#Sebab pertama

Ada dalam kalangan ibu tunggal mempunyai pendapatan yang lumayan, ada dalam kalangan anak yatim mewarisi harta yang banyak dan ada dalam kalangan OKU yang punyai bantuan-bantuan kewangan khusus yang melebihi keperluan asasi.

#Sebab kedua

Kalau mereka susah takkanlah mereka nak minta dengan zakat. Adakah mereka tetap tak layak dibantu?

Sebagai institusi yang bertanggungjawab, pihak zakat akan membuat penilaian semula status mereka; adakah mereka mualaf? adakah mereka miskin? atau adakah mereka berhutang (al-gharimin). Jika status mereka dikategorikan sebagai asnaf, maka mereka layak menerima zakat”

Kesimpulannya:

#Agihan zakat bukan diberikan berdasarkan status individu- SALAH
#Agihan zakat diberikan atas status asnaf (setelah dibanci) – BETUL

*Fahamkan dengan betul-betul supaya tidak salah memberi komen. Mungkin ini bukan rezeki anda tetapi dapat pahala dengan memberi rezeki ini kepada orang yang lebih memerlukan.

Baca juga: Terpaling Ikut Trend, Ustaz Jelas Hukum Pakai Tudung Nampak Leher Walaupun Kepala Tutup

Sumber: Zakat Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×