Famili

8 Kriteria Reka Bentuk & Susun Atur Rumah Untuk Memudahkan Ketika Hari Tua

10
SHARES

Tiada siapa yang tidak menginginkan rumah yang selesa, nak pulak untuk tinggal selamanya sehingga ke hari tua. Namun, kadang-kala keadaan rumah yang terlalu besar atau bertingkat-tingkat menyebabkan sukar untuk bergerak terutama apabila kesihatan diri sendiri yang tidak mengizinkan.

Berdasarkan perkongsian Public Health Malaysia di laman rasmi Facebooknya, saranan rekabentuk dan susun atur rumah untuk masa usia tua telah diberikan. Hanya sebagai cadangan untuk memberikan manfaat kepada diri kita di ‘hari tua’ kelak.

Baca juga: Viral Wanita Pukul Maki Anak Dalam Bas, Rupanya Dihalau Mentua & Suami Masuk Lokap

8 KRITERIA REKA BENTUK & SUSUN ATUR RUMAH UNTUK MEMUDAHKAN KETIKA HARI TUA

Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua. Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.

Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di ‘renovate’ berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20×40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat.

Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka.

Gambar hiasan: MingguanWanita

Lantai licin berkilat memang nampak cantik, tetapi itu lah antara punca kejadian jatuh dan menyebabkan fracture tulang peha.

Deco deco secara minimal, sekadar selesa mata memandang. Tidak perlu banyak perabot. Pastikan cukup laluan untuk kerusi roda untuk ke depan, ke belakang.

Pasang cctv, tak mahal ada kamera cctv serendah RM100 yang boleh di pantau dari telefon bimbit. Anak anak dari jauh boleh tengok sama.

REAKSI NETIZEN LEBIH MEMILIH RUMAH YANG SEDERHANA UNTUK KEMUDAHAN DIRI KELAK

Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Antaranya, mereka bersetuju dengan kediaman yang sederhana dan selesa bagi mengurangkan sebarang kecelakaan apabila diri ditimpa kesihatan badan yang tidak mengizinkan.

Selain itu, dapat juga menyenangkan dan memudahkan pergerakan ibu bapa atau datuk nenek yang datang berziarah ke rumah anak.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×