Famili

‘Senaman Kayuh Basikal’ Bantu Legakan Perut Bayi. Kejap Je Dah Terkentut!

600
SHARES
senaman kayuh basikal bayi

SENAMAN KAYUH BASIKAL BAYI BANTU LEGAKAN SAKIT PERUT, KEMBUNG, SEMBELIT DAN COLIC

Sekiranya anda mempunyai anak kecil yang sukar nak buang air besar atau sembelit, urutan perut atau mandi air hangat mungkin boleh dilakukan.

Namun selain itu, pergerakan dan senaman juga dapat membantu kanak-kanak yang sembelit kerana semua ini membantu pencernaan dengan merangsang pergerakan makanan melalui usus dan mendorong pengecutan semulajadi otot usus.

Salah satu gerakan mudah, iaitu ‘senaman kayuh basikal’ bayi yang sering dilakukan oleh mak-mak kita kini juga menjadi trending di TikTok dan media sosial.

Mungkin ramai dah biasa buat senaman ini untuk bayi, tapi mungkin ada juga yang belum tahu.

Jadi, jom kami kongsikan cara nak buat ‘senaman kayuh basikal’ bayi ini untuk mengatasi masalah kembung perut, sembelit dan colic.

senaman kayuh basikal bayi

Cara Buat Senaman Kayuh Basikal Untuk Bayi Kembung Perut, Sembelit & Colic

Sekarang anda tak perlu risau lagi. Ada jalan penyelesaian untuk ketiga-tiga masalah yang melanda bayi anda itu.

Cara mudah dan berkesan adalah dengan melakukan senaman basikal!

  1. Ini langkah-langkahnya.
    Baringkan bayi dan angkat kakinya ke perut untuk memaksa udara keluar melalui dubur.
  2. Gerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal beberapa kali kemudian angkat kakinya ke perut semula.
  3. Ulang beberapa kali dan tunggu bunyi ketut ataupun letupan najis (hahaha!)

Ramai dah cuba sampai ia menjadi trending di TikTok! Boleh tengok video di bawah.

Mudah kan?

Kalau anda pernah buat senaman kayuh basikal untuk bayi, jomlah kongsikan video dan gambarnya di beserta komen anda tentang senaman ini, sama ada ia berkesan untuk bayi anda. 

Mesti ramai nak tahu juga… Kan?

OK, selamat mencuba!

 

NOTA: 

Jika bayi terlalu kerap menangis atau mengalami kembung yang serius, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Umumya, masalah kembung perut pada bayi tidak bahaya melainkan apabila ia muncul dengan tanda penyakit lain seperti muntah, perut buncit, cirit-biritsembelit, atau demam. Ia juga tidak akan menimbulkan kesan sampingan pada masa akan datang.

Untuk tanda-tanda kembung perut, boleh rujuk artikel ini : Kerap Menangis Tanda Bayi Kembung Perut. Ini 8 Tips Mengatasinya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×