Sihat

7 Perkara Penting Perlu Tahu Bila Anak Diserang Sawan Demam

1.8K
SHARES
sawan demam

“Paniknya bila anak tiba-tiba kekejangan sampai tak sedarkan diri tadi. Syukurlah pernah terbaca tentang sawan demam suatu masa dulu. Tapi, bolehkah kejadian ini berulang lagi? Apa patut buat untuk elakkan ia berlaku lagi?”

Sawan demam atau ‘febrile seizure’ yang berlaku pada anak kecil dan bayi adalah salah satu pengalaman yang boleh menyebabkan trauma kepada ibu bapa. Berderau jantung ibu bapa melihatkan anak yang terbaring tidak sedarkan diri, diserang kekejangan badan dan kaki, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna pada kebiru-biruan pada kulit dan bibir. Dalam beberapa kes, ada juga anak yang terkencing atau terbuang air besar.

Menurut Dr Alya Hamzah menerusi Malaysian Medical Gazette, sawan demam ini boleh dialami oleh anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun. Walaubagaimanapun, ia lebih kerap terjadi kepada anak kecil dalam lingkungan 6 bulan hingga 5 tahun.

Foto Kredit: newswalle.com

Foto Kredit: newswalle.com

7 Perkara Penting Perlu Tahu Apabila Anak Diserang Sawan Demam

Seperti yang diterangkan oleh doktor, sawan demam bukanlah sejenis penyakit dan ia berbeza daripada epilepsi. Maka, ia tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak. Sebaliknya ia adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40°C.

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi sedemikian. Ini 7 perkara penting untuk anda tahu.

1. Jangan Terlalu Panik, Buat Tindakan Pantas

Jika ditanya pada sesiapa yang melihat anak diserang sawan buat pertama kali, mereka tentu akan panik. Namun, cuba kawal perasaan dan fokuskan kepada cara mengelakkan tempoh sawan daripada berlanjutan.

Lazimnya tempoh sawan amat pendek iaitu beberapa minit.

sawan demam

Foto Kredit: verywell.com

2. Alihkan Anak Ke Tempat Selamat

Pastikan tiada objek keras berada di sekitar anak yang boleh menyebabkannya terhantuk atau cedera. Terus menunggu di sebelahnya dan jangan tinggalkan anak walau seketika.

sindrom kematian bayi

Foto Kredit: safebabyreviews.com

3. Posisi Mengiring Ke Kiri

Letak anak dalam posisi mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan anak dari tersedak atau tercekik air liur, muntah, lendir, atu sebarang lendir. Posisi ini dikenali sebagai ‘recovery position’ kerana objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan berbanding paru paru kiri. Maka, sebab itulah tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanannya.

Selain itu, jangan cuba mengawal pergerakan anak sewaktu serangan sawan kerana tindakan ini barangkali mencederakan otot atau tulangnya.

Foto Kredit: youtube.com

Demonstrasi ‘recovery position’ untuk anak kecil. / Foto Kredit: youtube.com

4. Jangan Sesekali Masukkan Sebarang Objek Ke Dalam Mulutnya

Mungkin anda pernah dengar orang cakap masukkan sudu atau objek keras ke dalam mulutnya untuk mengelakkan dia menggigit lidahnya. Tapi, perbuatan ini sama sekali tidak sepatutnya dilakukan kerana dikhuatiri menyebabkan objek patah dan sekaligus lebih membahayakan anak.

Anda juga tidak sepatutnya memaksa mereka meminum air atau sebarang ubat-ubatan daripada  melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari mulut anak jika ada.

Foto Kredit: m.utusan.com.my

Foto Kredit: m.utusan.com.my

5. Perhatikan Keadaan Anak

Catatkan tempoh dan tanda perlakuan anak ketika diserang sawan demam. Segala butiran penting untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis yang tepat dalam menentukan keadaan kesihatan anak anda.

Jika ia berterusan sehingga 5 minit, jangan tunggu lagi dan segera hubungi ambulans atau bawa anak ke hospital serta-merta.

bayi jatuh katil mengantuk

Foto Kredit: s3.amazonaws.com

6. Bawa Anak Untuk Pemeriksaan

Setelah anak tersedar, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya anak akan kelihatan mengantuk dan mungkin tertidur seketika. Namun selepas itu, mereka akan kembali aktif dan cergas seperti biasa.

Jika ini kali pertama anak anda diserang sawan, mungkin mereka akan ditahan wad untuk pantauan doktor. Tindakan ini penting bagi memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit seperti meningitis mahupun hypoglycaemia (paras gula rendah).

Sementara itu, anda boleh membantu memberikan keselesaan dan meredakan demam panas dengan membasahkan badan mereka menggunakan span atau kain lembab.

Foto kredit: gettyimages.de

Foto kredit: gettyimages.de

7. Ia Boleh Berulang

Menurut sumber akhbar tempatan, lebih kurang 30%s kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalaminya lagi berulang kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam.

Menurut Dr Alya, antara risikonya untuk berlaku adalah lebih tinggi jika ada sejarah keluarga yang pernah mengalami sawan demam atau serangan sawan demam pertama berlaku pada umur kurang daripada 1 tahun. Tambahnya, hampir separuh daripada kes sawan demam berulang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan selepas kes pertamanya.

Walau apa pun, ibu bapa tidak perlu terlalu risau kerana keadaan ini tidak menjejaskan minda kanak-kanak dan biasanya ia akan berhenti apabila anak semakin besar.

sawan demam

Foto Kredit: romper.com

Peka Pada Suhu Badan Anak

Punca berlakunya sawan masih belum dapat dikenalpasti secara tepat.

Namun, salah satu usaha untuk mengawalnya daripada berlaku adalah dengan mengawal suhu demam anak. Semak suhu mereka dari semasa ke semasa dan lakukan teknik ‘sponging’ untuk mengelakkan suhu badan menjadi terlalu tinggi. Rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan jika perlu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×