40 Minggu

8 Faktor Penting Dalam Memilih Hospital Bersalin

76
SHARES
Memilih Hospital Bersalin

Memilih Hospital Bersalin

Katakan anda mengandung buat pertama kali. Tentu sekali tercari-cari tempat bersalin yang sesuai. Bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi untuk bayi juga. Pilihan samada hospital kerajaan atau hospital swasta selalu bermain di fikiran ibu mengandung semua.

Ada yang buat pilihan atas pengalaman kawan dan rakan sekerja. Tanpa fikir panjang, terus pilih hospital bersalin yang dicadangkan oleh kawan. Perlu diingat, pengalaman dia di sana mungkin bagus untuk dia, tetapi belum tentu untuk kita.

Buatlah pilihan yang rasional, berdasarkan fakta dan bukan pengalaman semata-mata. Kena lihat pros dan cons juga. Bila sudah terasa ingin bersalin, boleh terus bawa barang keperluan bayi yang sudah siap sedia dalam kereta.

Terinspirasi dari perbincangan ini,  kami senaraikan faktor-faktor penting dalam memilih hospital bersalin:

1. Doktor

Pastikan ada doktor pakar O&G di sana. Jika tidak selesa dengan doktor lelaki, cari gynae wanita Muslim agar kurang rasa malu.

Pastikan juga tempat tersebut ada pakar kanak-kanak atau paediatrician. Bukannya apa, jika ada komplikasi pada anak, ada pakar yang dapat membantu.

2. Privasi

Jika buat temujanji, adakah tempat menunggu yang selesa? Adakah labour room luas dan selesa? Jika mahukan privasi, dan tidak mahu ramai orang bersesak-sesak, boleh ke hospital swasta. Jika tidak kisah,

3. Kecemasan

Mula-mula, doktor kata bersalin normal. Tiba-tiba, ada kecemasan dan perlu melahirkan secara caesar. Pastikan tempat tersebut mempunyai fasiliti yang sepatutnya. Jadi, tidak perlu pindah ke hospital lain.

Perlu diingat, jika ada komplikasi, kita perlukan darah. Jika hospital ada tabung darah, ia lebih bagus. Antara lain ialah inkubator bayi, ambulans dan sebagainya.

Perlu semak samada kemudahan dan fasiliti adalah lengkap dalam memilih hospital bersalin pilihan kita.

4. Jarak

Pastikan jarak rumah tempat hospital bersalin tidak terlalu jauh. Contohnya tinggal di Klang, tetapi mahu bersalin di Prince Court Medical Centre. Bukankah itu jauh? Bayangkan jika keadaan jalanraya yang sesak ketika terasa mahu bersalin?

Ada orang yang sakit lama, baru bersalin. Ada orang yang sakit sekejap, terus bersalin. Senang kata, jarak itu memainkan peranan penting.

Bukan sekadar itu, jika bayi sudah selamat dilahirkan, suami juga mudah untuk berulang-alik melihat bayi dan isteri. Jika ada barang-barang tertinggal di rumah, mudah untuk ambil.

5. Wad

Bukan sekadar wad, tandas juga yang bersih dan terjaga. Jika ada duit lebih, boleh ambil suite atau bilik seorang. Jika tidak, 4 katil sebilik juga sudah memadai.

Adakah anak, suami dan keluarga selesa jika melawat kita selepas bersalin nanti?

6. Layanan

Ada yang merungut kerana layanan misi yang teruk. Ada misi garang dan buat acuh tak acuh sahaja. Di hospital swasta, belum tentu layanannya bagus. Dan di hospital kerajaan, setakat ini ramai yang memberikan pujian misi terlatih dan mesra.

Bab ini, kena tanya ramai orang untuk mendapatkan maklumbalas.

7. Bajet

Ini antara yang paling penting. Jika memilih hospital kerajaan, ia tidaklah semahal mana. Sebaliknya, jika memilih hospital swasta, sediakan bajet yang lebih dari biasa. Komplikasi boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Kos akan meningkat untuk tambahan rawatan.

Memilih hospital bersalin bukan bersandarkan pada wang ringgit semata-mata. Fikirkan faktor lain yang tidak disangka-sangka mungkin berlaku.

8. Buat kajian (research)

Bukankah sekarang zaman Internet?. Sila baca review di Internet. Memilih hospital bersalin jadi lebih mudah. Banyak individu yang sudi berkongsi pengalaman bersalin di blog masing-masing.

Kami di SirapLimau.com juga bercadang untuk mewujudkan one-stop centre untuk rujukan semua ibu mengandung. Review terkini itu sangat penting. Boleh sahaja baca pengalaman tahun 2008. Namun jika ada pengalaman tahun 2015, ia lebih relevan. Paling terbaru, kami cuma ada pengalaman bersalin tahun 2014. Perlukan bantuan dari pembaca untuk memberikan sokongan dan inspirasi pada ibu mengandung yang lain.

Ada faktor penting lain yang kami tertinggal? Kongsikan dengan kami dan sertakan dengan pengalaman anda di ruangan komen atau email kami di [email protected] dengan menyatakan:

  • Nama hospital:
  • Tarikh bersalin:
  • Pengalaman:

Mana satu pilihan anda, hospital kerajaan atau hospital swasta? Kongsikan juga dengan kami di ruangan komen.

Apa-apakan, pastikan sudah siap checklist barang baby agar tidak kelam-kabut nanti.

Selamat bersalin!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×