- Jenis Hospital: Kerajaan
Alamat:
Hospital Kajang
Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Nombor telefon:
603 – 8913 3333 (General Line)
603 – 8736 7527 (Fax Line)
Laman web: hkjg.moh.gov.my
Email: [email protected]
Lokasi:
[flexiblemap address=”Hospital Kajang” title=”Hospital Kajang”]
[infobox title=’Tentang Hospital Kajang’]
Hospital Kajang terletak di sebelah timur Bandar Kajang di dalam Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. Menurut catatan sejarah, ia dibina pada tahun 1889 di atas tanah seluas 16 ekar, kira-kira 30km di tenggara Kuala Lumpur.
Hospital ini telah berkembang maju selaras dengan pembangunan daerah Hulu Langat dari 250 katil pada tahun 1970an kepada 306 katil pada masa kini. Dari segi struktur bangunan, hospital ini telah menerima bangunan tambahan peringkat demi peringkat. Dalam tahun 1910, pembinaan bangunan wad yang masih kekal sehingga kini., bangunan wad setinggi 4 tingkat pada tahun 1976.. Bangunan lain adalah blok Sajian Makanan (1983), Rumah Mayat (1985), blok Patologi (1992). Bangunan tambahan lain adalah melalui Projek Pembangunan Semula Fasa 2, Hospital Kajang telah dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia berjumlah RM14.1 juta dan telah siap pada tahun 1999. Ianya terdiri dari Wad Bersalin Kelas 1 & 2 (22 katil), Unit Rawatan Khas Bayi (20 katil), Dewan Bedah (3 bilik), Unit Rawatan Rapi (6 Katil), Wad Kanak-Kanak (25 katil) dan blok Rehabilitasi.
Dan pada tahun 2009 Hospital Kajang telah menerima bangunan tambahan baru iaitu blok Pengimejan dan Diagnostik baru, Klinik Psikiatri dan Wad Psikiatri.[/infobox]
1. Kos / Harga Bilik :
Wad Eksekutif / Bilik VIP (2 katil) : RM 150 sehari
Bilik 2 katil (1A) : RM 80 sehari
Bilik 4 katil (1B) : RM 60 sehari
Bilik 6 katil (1C) : RM 60 sehari
Kelas 2 : RM 20 sehari
Kelas 3 : RM 3 sehari
2. Harga / Kos Bersalin :
Bersalin normal
Kelas 1: RM 300
Kelas 2: RM 150
Kelas 3: RM 10
Bersalin Secara Caesarean
Kelas 1: RM 800
Kelas 2: RM 400
Kelas 3: RM 100
Bersalin dengan Bantuan Forsep / Vakum
Kelas 1: RM 400
Kelas 2: RM 200
Kelas 3: RM 50
Bayi Songsang (Breech)
Kelas 1: RM 400
Kelas 2: RM 200
Kelas 3: RM 50
3. Pakej Bersalin
Setakat maklumat yang kami ada, Hospital Kajang tidak menawarkan pakej bersalin. Sila rujuk kos bersalin seperti yang disenaraikan di atas. Untuk pengetahuan, kos mungkin akan berubah menjadi lebih tinggi atau lebih rendah. Ia bergantung kepada situasi sewaktu bersalin, kos rawatan, pilihan bilik, komplikasi semasa bersalin dan lain-lain caj sampingan.
4. Bilangan Katil
Tiada info
5. Kemudahan, Servis dan Fasiliti
- Kelas antenatal di adakan setiap bulan sepanjang tahun
- Perkhidmatan jururawat ke rumah selepas discharge
- Breastfeeding support group
6. Senarai Doktor Pakar
Obstetrics & Gynaecology
- Dr. Shahril Abu Bakar
- Dr. Adzlina Jaafar
7. Pengalaman bersalin di Hospital Kajang
Jom baca pengalaman bersalin di Hospital Kajang yang terbaru yang dikongsikan oleh ibu-ibu dalam beberapa forum dan blog. Rata-rata, ramai yang memberi komen tentang kepadatan hospital ini atas permintaan yang terlalu tinggi.
Terkini, beberapa akhbar tempatan pernah melaporkan tentang pesakit-pesakit yang tidak dapat mendapat rawatan di sini pada tahun 2015 akibat terlalu penuh.
Walau apa pun, tentunya kerajaan memandang serius akan perkara ini dan terdapat pelan penambahbaikan yang akan direalisasikan dalam masa yang terdekat.
Pengalaman Bersalin di Hospital Kajang, 2014
“Then dalam kul11pm kot nak masuk labor room, tapi still penuh, so tunggu la kat luar labor room tu. Hospital Kajang ni hospital lama, so labor room derang tak banyak tapi still kalau ada orang datang nak bersalin, derang akan accept dan takkan tolak ke hospital lain. Dalam kul12 ke bape ntah aku dah tak ingat sebab tak pakai jam kan, baru dapat masuk labor room, berjalan kaki je terus baring atas katil dia. Hehe..Bergolek-golek la atas katil tu menahan sakit contraction.” – Puan Nadia
Klik sini untuk bacaan lebih lanjut daripada blog beliau.
Pengalaman Bersalin di Hospital Kajang, 2013
“doktor-doktor kat situ pun okeh sangat…takde layanan yang buruk aku terima kat sane…baik nurse or doctor hatta guard pon..semua layan dengan baik…kalau kita tak tau..kita tanye..dorang akan layan kita dengan baik…lebih lebih lagi aku ni anak pertama..nak bagi susu badan kat anak pon, tak tahu mane gayenyeee…so nurse kat situla yang ajar….berkali kali…tanpa jemu..bab bagi ebm pon same..dorang yang ajar aku camne nak panaskan susu…berapa jam susu boleh tahan..Ya ALLAH..memang aku rase beruntung sangat bersalin kat hospital kajang sebab bagai dikelilingi oleh keluarga sendiri….” – Puan Ina Yusoff
Klik sini untuk bacaan lebih lanjut dari blog beliau.