Bersalin

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menarik Bersalin Di Hospital Yang Amalkan ‘Syariah Compliance’

14K
SHARES

Tak lama lagi bakal menimang cahaya mata? Antara prosedur yang perlu dilakukan selain daripada membeli barang kelengkapan bayi dan menjalani proses pemeriksaan, pemilihan hospital bersalin juga amat penting. Hal ini kerana untuk menjamin keselesaan dan para ibu ketika melahirkan anak.

Salah sebuah hospital bersalin yang menjadi tumpuan ramai sejak pembukaannya ialah Andorra Women and Children Hospital yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Apa yang menariknya bersalin di sini? Jom kita ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh ibu ini.

SEDIKIT REVIEW

Cerita dari mommy nak beranak la eh. Untuk bersalin kat Andorra, at least 2 kali check up kat situ. Ko boleh pilih sama ada nak Doc kam or Doc lili.

Aku memang check up dengan Dr Kam. Ikutkan Andorra boleh beroperasi penuh on 22 hb @ 7.00am tapi masa 21 hb malam tu Andorra call aku cakap kalau ada contraction tengah malam tu just datang je. Guard dan nurse dah standby untuk sambut kedatangan aku.

Lepas celebrate birthday anak aku yang 1st malam tu, aku start licking pukul 3 pagi tapi air ketuban takdela keluar habis. Husband aku terus bawak aku pergi Andorra sebab sebenarnya dah 2 hari keluar darah tapi takde contraction. Sampai kat Andorra around 3.45am dan guard dah ready standby bawak aku masuk. Dia call midwife dan dekat pukul 4 aku la org 1st yang merasmikan labour room kat tingkat 4 tu. Bila check jalan, baru bukak 3.5cm.

DALAM LR (labour room)

– Midwife tu sangat bagus sebab dia tolong bacakan Surah Yasin dan ayat-ayat dekat kita untuk kurangkan sakit contraction. Pastu, kat luar pun ada ayat-ayat Quran terpasang. Walaupun sakit, tenang rasa hati. Tetiba aku feeling macam nak besalin anak 1st pulak masa tu haha

– 6.00 am

Bukaan baru 5-6 cm dan doc kan masuk tanye aku “mama boleh solat lagi ni.. ape kate solat subuh dulu”(sangat syariah compliance). Diorang providekan telekung dan tanya nak solat atas katil or duduk, aku prefer duduk la sebab masih boleh tahan lagi.
– Ayat-ayat Quran sentiasa berkumandang untuk bagi kita selesa.

– 8.40 am

Aku dah start rasa kuat gila contraction dan dah tak tahan. Dalam 8.45 kot dah buka 10 cm. Doc Kam masuk dan kepala baby dah nampak. Walaupun dah anak ke 3 sebenarnya aku dah lupa macam mana nak teran hahahaha. Dengan bantuan kepakaran doc dan midwife /nurse kat situ, dorang guide aku dan 3kali  teran baby pun keluar. Alhamdulillah! Part paling best is tak payah kena jahit. MasyaAllah sampai 2 kali aku tanya doc betul ke tak payah jahit?  Berbunga-bunga hati masa tu. Hilang jap rasa sakit. Doc sporting siap tanya husband tak nak ambik gambar ke? Apa lagi, aku suruh husband aku record la frutiful moment tu. Alhamdulillah, doc bagi peluang dekat suami untuk potong sendiri tali pusat baby. Macam blur je husband masa tu.

-Pastu doc terus ucap tahniah, peluk dan kiss kita macam mak-mak kita. Touching dan terharu sangat masa tu. Nurse-nurse dan midwife pun banyak sangat membantu dan bagi semangat.

DALAM WARD

10.30 am kot

– Dorang bawa aku turun ward dan surprise! Andorra bagi PRIVILEGE SINGLE ROOM sebab 1st baby lahir kat situ. (Actually aku ambil pakej yang 4 bedded – refer pakej  dekat fb andorra eh)

– sepanjang dalam ward aku dilayan macam permaisuri beb!. Dari A sampai Z semua dorang buatkan termasuklah nak tolong mandikan aku sekali. Ha, besttt kan? Tapi aku mandi sendiri je sebab malam tu dan esoknya aku dah kuat sikit.

– as usual doc akan melawat dan tanya perkembangan kita dan minta review pasal bilik ok ke tak, makan ok ke tak.

MAKANAN

– haaaa yang ni aku rasa paling best la sebab Chef Zubir kan yang masakkan. Ikan pun both fav aku, salmon dan kod. Cuma 3 kali makan jela kat sini. Breakfast, lunch dan dinner sume superb. Tapi laki aku la yang makan. Aku makan ikan je (masih mengamalkan pantang cara lama hokey )

– kalau single room, macam hospital. Lain jugak boleh la nak bawa the whole family ko tido kat sana tapi bawakla toto sendiri ye. Kerusi boleh laras adala untuk sorang tido.

– toilettries also provided except towel la.

LAIN-LAIN

– The whole Andorra’s family sangat membantu
– Persekitaran sangat selesa
– Nurse-nurse sangat prihatin
– Promo price sangat WORTH IT
– Tqsm kat suami Dr. kham sebab sudi tahniqkan baby.

Artikel berkaitan : Pasangan Ini Kongsi Pengalaman Berada Di Hospital Bersalin Persis Hotel 5 Bintang Di Selangor!

Sumber : Nur Hawaniece Mohd Husin 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×