Hospital

Pengalaman Bersalin Di Hospital Selayang. Kos, Harga, Prosedur & FPP.

11
SHARES
Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang

[infobox]

Jenis Hospital: Kerajaan

Alamat: Hospital Selayang
Lebuhraya Selayang-Kepong,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: +603-6126 3333

Laman web: hselayang.moh.gov.my

[/infobox]

[infobox title=’Tentang Hospital Selayang’]

Kementerian Kesihatan Malaysia Logo

Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih.

Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital Selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Hospital Selayang telah direkabentuk,dibina dan dilengkapi dengan persekitaran Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul. Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.

Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal. Menjadi hospital rujukan ia menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes yang dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar yang masuk begitu sahaja kecuali jika kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan. Hospital ini juga memfokuskan pada Khidmat Rawatan Ambulatori. Oleh itu Hospital Selayang telah mendedikasikan disiplin-pelbagai Pusat Rawatan Ambulatori yang mencakupi pembedahan rawatan harian,rawatan perubatan harian,perkhidmatan endoskopi dan lithotripter.

[/infobox]

 

[infobox title=’Harga Bilik’]

Harga bilik di Hospital Selayang adalah mengikut pilihan katil dan caj katil adalah mengikut penggunaan harian.

Untitled_1

 

[/infobox]

 

Deposit Kemasukan

Warganegara Malaysia                                    Bukan Warganegara Malaysia

Kelas 1 : RM 800.00                                            Kelas 1 : RM 1,400.00

Kelas 2 : RM 350.00                                            Kelas 2 : RM 1,000.00

Kelas 3 : RM 15.00                                               Kelas 3 : RM 800.00

 

 

Harga / Kos Bersalin

Warganegara Malaysia

Kelas 1                                                 Kelas 2                                               Kelas 3

Normal : RM 300.00                    Normal : RM 150.00                    Normal : RM 10.00

C-sect : RM 800.00                       C-sect : RM 400.00                      C-Sect : RM 100.00

Forcep : RM 400.00                     Forcep : RM 200.00                     Forcep : RM 50.00

Breech : RM 400.00                      Breech : RM 200.00                     Breech : RM 50.00

 

Bukan Warganegara Malaysia

Normal : RM 500.00

C-Sect : Rm 1,000.00

Forcep/Breech/Vacuum : RM 600.00

Kembar : RM 800.00

 

Pakej

Tiada pakej yang ditawarkan di Hospital Selayang. Anda boleh rujuk harga yang tertera dikos bersalin dan juga harga bilik seperti di atas.

 

Bilangan Katil

Untuk rawatan dalam terdapat wad bersalin termasuk Patient Assessment Center(PAC) tiga wad Obstetrik ( 5A, 5B dan 5C ) dan satu wad Ginekologi ( 11C ). Setiap wad mempunyai 28 katil Wad Obstetrik kelas satu ( 11B) masih belum beroperasi kerana kekurangan jururawat.

 

Kemudahan, Servis dan Fasiliti

Selain menawarkan bayaran yang berpatutan, Hospital Selayang menjadi pilihan kerana tempat yang strategik dan juga layanan yang baik dari doktor dan juga jururawat. Jabatan O & G memberi perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar setiap hari kecuali hari Jumaat. Kes- kes Obstetrik diterima setiap hari manakala kes-kes Ginekologi dirawat pada hari Isnin dan Khamis. Makanan adalah percuma untuk pesakit yang menerima rawatan di Hospital Selayang.

 

Senarai Doktor Pakar

  1.   Prof. Dr Anne
  2. Dr. Mu Mu Win
  3. Dr. Joy Peripooranam Poore
  4. Dr. Goh Huay Yee
  5. Dr. Yu Kok Kin
  6. Dr. Valyakalayil Daniel Philip
  7. Dr. P. Paramjothi
  8. Dr. Mohd Roslan b. Abd Halim

 

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang

Ikuti beberapa pengalaman ibu-ibu yang pernah mendapat pengalaman di Hospital Selayang

Tahun 2014

Blogger nadot berkongsi pengalaman bersalin di Hospital Selayang secara normal sebagai FPP. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi harga dan kos bersalin di sana.

Ikuti pengalaman nadot,

Aku memilih skim FPP di Hospital Selayang atau hospital kerajaan lain yang menawarkan khidmat FPP ni (e.g Hospital Putrajaya) bukanlah sebab aku nak bersalin dengan doktor pakar ke. Tapi tujuan utama aku mengambil skim ni sebab nak bilik sorang supaya suami boleh teman tidur sekali dekat wad tapi, dengan harga yang murah. Entah kenapa, lepas aku kahwin, kemengadaan aku semakin kronik, dan tak dapat bayangkan kalau Dude tak ada kat sebelah aku untuk tolong-tolong apa yang patut. Hehehe.
Kalau pergi private, boleh pilih bilik sorang, tapi bagi kitorang yang both kakitangan gomen & tak boleh claim apa-apa, adalah agak mahal. So, sebab aku nak jugak Dude ada 24/7, kitorang pilih untuk ambil FPP di Hospital Selayang, dekat dengan rumah emak untuk aku berpantang, murah compare to private, bilik sorang (kalau tak penuh), dan bonusnya, check up dan bersalin dengan doktor pakar.

Pengalaman Bersalin di Hospital Selayang

 

Tahun 2012

2. Ini adalah pengalaman seorang suami yang menemani isteri ketika melahirkan anak sulung mereka. Ikuti pengalaman Asyrani 

Assalammualaikum,
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar
Kali ini saya akan dengan secara terperinci yang boleh menerangkan setiap perjalanan menyambut kelahiran anak pertama saya.
Seperti biasa, pada hari khamis 12 April 2012 tersebut, saya perlu pulang ke Melaka untuk bekerja, dan akan datang semula ke Kuala Lumpur pada hari jumat 13 April 2012.
Namun, pada pukul 12 tengahhari, saya mendapat sms dari isteri saya mengatakan
“Tkt la. nape mcm skt perut kerap je” jam 12.18 pm
Kemudian isteri saya telah memberitahu keluarganya yang ingin pergi ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan. Dalam pukul 3.00 petang atau lebih, saya telefon dan masih lagi belum pergi ke Hospital Selayang.
Maka, saya pun mendapat sms seterusnya pada pukul 5.10 pm mengatakan kesakitan sudah dirasai dan saya merasakan perlu pulang juga petang tersebut.
Selepas asar di UTeM, saya terus balik pejabat dan berkemas dan segera pulang pada pukul 5 lebih tersebut (dalam 5.30 kot).. baca kisah mereka seterusnya di link ini..

 

3. Baca pula pengalaman dari Puan Diniwinie yang melahirkan anak mereka secara normal di Hospital Selayang

Jam 12am 29hb kami pergi balik ke hosp selayang..kali ni hubby dah siap2 nak sorong naik wheel chair..sbb sakit sgt naik je la..naik pun sakit,kalau nak jalan xtahu la camne..doc check balik n doc ckp contraction dah regular..tp x sekuat yg tadi..so doc terus admit masuk wad..b4 admit doc ade inject pethidine..kira ubat untuk tahan sakit yg akan buat kt mengantuk..masuk wad dah mamai-mamai nak tidur..mamai tu buat terlupa kejap tgh sakit..tertido sekejap dgn xberapa rasa sgt sakitnya...Lepas 2 jam terasa sakit kuat balik..sakit mmg x tahan..istighfar byk2..hubby semua dah balik rumah..xde sape dahh..Jam 5pagi gitu doc datang check lg..doc kata dah buka 3cm.."haa?baru 3 cm??lamanya..ya Allah..". Pukul 8 pagi doc datang lagi sekali. Doc kata kali ni dah 4 cm..Doc suruh prepare untuk labor room..tunggu punya tunggu mmg sakit sgt..hubby, mama, nurse yg datang semua kena pegang tangan..smentara tunggu dah terasa air keuar dgn darah..Time ni panggil nurse,nurse kata dah licking tp labor room still penuh lagi..
Jam 11pagi baru nurse datang bawa pergi labor room..fuhhh..cepat2..rs nak terberanak dah.huhuhu!sampai labor room lmbt pula preparation nya..adoyai!doc check dah 5cm,.Tgh2 tunggu utk preparation tu datang senior doc check dah 6cm..doc tu kata dah boleh proceed sbb cervix tu nipis dah..terus proceed meneran tym tengah 6cm..tym nak teran tu hubby mmg dah ada kat sebelah bagi moral support..setiap kali push siap bgtau apa yg keluar..haha.Tiba-tiba dgr hubby ckp "dah nampak rambut dah..rambut cacak-cacak..". Tiba-tiba tgh push tergelak pulak dgr dia ckp cmtu.. :'P Doc-doc yg lain pun bagi support ramai-ramai kat depan.."Lagi puan..lagi..panjang lagi..sikit je lagi..bagus puan..". Mmg best,, Sekali push keluar kepala baby n push sekali lagi badan baby pun keluar..fuhhh..memang lega..doc potong tali pusat n letak baby atas dada..lepas tu dockata nak keluarkan uri semua.."Doc,doc nak buat apa pun tak kisah dah..nak jahit pun tak kisah..huhuhu".
Overall mmg puas hati sebenarnya bersalin dekat Hosp Selayang ni..Kalau dah sakit tp jalan x buka lagi..,mmg biasa nurse suruh balik dulu sbb katanya kat sini katil x cukup..Kat sini mmg sgt selesa..Rasa mcm private hosp pula..Layanan mmg bagus..Staff mmg ramai n dorang akan setiap masa datang tengok kita tak kira tengah-tengah malam ke apa..Untung x pergi private walaupun dah ade yg offer..xtau la kenapa..dr dulu mmg sgt percaya pada goverment hosp ni..Mungkin lain org lain pandangannya pula.Tp setakat ni mmg bagus. Kalau sakit mmg sanggup tunggu berjam2 pun.. :')
4. Ini pula perkongsian kos dan bayaran dari 2 orang blogger Nazira Mohd Redzuan & Syani 
Kos bersalin - RM150.00
 Ujian Makmal - RM20.00
 Kardiologi - RM40.00Wad (kelas 2) - RM30 x 6 hari = RM180
 Rawatan (ubat-ubatan) RM5 X 6 hari = RM30.00
--------------------------------------
 Jumlah keseluruhan = RM420.00
 --------------------------------------
Murah kan? Service pun tip top. Makanan pun sedap. Kalau bersalin normal, without any complication, paling lama kena tahan pun 24 jam. Kalau czer, mungkin dalam 2 atau 3 hari. Aku je yang macam-macam penyakit datang, berkampung 6 hari kat sana. Kiralah sendiri kalau korang stay kat hospital sehari dua je.
OK. Nak tidur dah. Waktu-waktu macam ni je lah nak curi masa untuk update blog. Siang hari sibuk layan Nawfal yang dah tunjuk skill memegang kaki sendiri especially masa tukar pampers. Eh, tu simpan dalam entri lain. Dengan entri Harry Potter lagi. Dan kalau berkesempatan, nak share parenting tip. Heeeee~

Bagaimana dengan anda?

Pernah dan ada pengalaman bersalin di Hospital Selayang? Kongsikan pengalaman bersalin ada di ruangan komen di bawah untuk panduan dan manfaat bakal ibu yang lain!

[rwp-review id=”1″]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×