Asuh

5 Sebab Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Duduk Diam

513
reads

“Susahnya nak mengawal anak bila di tempat awam. Bila dinasihat, langsung tak dengar. Nak dimarah, malu pula dengan orang sekeliling. Normalkah kalau anak anak terlalu aktif begini?”

Bagi ibu bapa, mungkin ada yang merasakan bahawa anak-anak mereka hanya patut berlari ke sana sini semasa berada di taman permainan atau padang bola. Tapi, tahukah anda bahawa anak kecil perlu bergerak aktif kerana ia adalah salah satu proses terpenting dalam perkembangan fizikal dan mental mereka?

Seperti yang dikatakan oleh Tom Hunter melalui artikelnya bertajuk Young Children, 2000, ibu bapa masa kini terlalu risau jika anak mereka bergerak aktif. Sedangkan, mereka sepatutnya berasa risau jika anak mereka kurang bergerak kerana ia memberi impak negatif kepada perkembangan mental dan fizikal dalam jangka masa panjang.

anak terlalu aktif

Foto Kredit: momjunction.com

5 Sebab Jangan Paksa Anak Kecil Untuk Duduk Diam

Berikut adalah 5 sebab mengapa anda tak sepatutnya memarahi jika anak terlalu aktif dan memaksa mereka duduk diam.

1. Ia Adalah Salah Satu Cara Mereka Belajar

Pergerakan atau aktiviti fizikal sebenarnya melibatkan proses yang mustahak untuk perkembangan intelektual anak kecil. Ia bermula dengan rangsangan luar, proses pemikiran dan seterusnya aksi atau tindakan yang wajar dilakukan untuk mencapai sesuatu yang disasarkan.

Melalui cara ini juga, mereka belajar pelbagai perkara yang sukar untuk dijelaskan dalam perkataan. Selain itu, mereka juga belajar melalui kesilapan dan memperbaikinya dengan pengulangan.

“Terdapat bukti yang mengaitkan kebolehan kita menggunakan tangan dapat mempengaruhi struktur dan fungsi otak seseorang”, kata Sian Beilock, seorang Profesor dalam bidang Psikologi.

2. Ia Baik Untuk Perkembangan Fizikal

Apabila anak terlalu aktif, sebenarnya otot dan tulang mereka sedang bekerja. Secara tidak langsung, ia menjadikannya lebih kuat dalam jangka masa panjang.

Sesetengah penyakit yang dialami oleh anak remaja masa kini banyak berpunca daripada tubuh badan yang kurang bergerak, selalunya di hadapan televisyen dan skrin tablet atau smartphone. Ibu bapa di Malaysia sepatutnya lebih prihatin tentang hal ini kerana negara kita sedang menduduki senarai teratas dalam rakyat paling gemuk di Asia Tenggara (2015).

Biarlah permainan bersepah sana-sani, sekurang-kurangnya mereka menghasilkan sesuatu yang kreatif!

3. Ia Adalah Cara Mereka Berasa Selamat

Salah sebuah perkara menarik yang diutarakan oleh Carol Kranowitz melalui bukunya Out of Sync Child menegaskan bahawa tubuh anak kecil memerlukan pergerakan untuk menyeimbangkan segala rangsangan luar yang diterima oleh deria mereka.

Tahukah anda bagaimana seorang anak kecil boleh menangis apabila rasa bosan, kurang selesa atau terlalu banyak rangsangan pada persekitaran mereka? Begitulah juga yang dirasakan oleh anak kecil. Tapi, mereka cuba bertindak mencari keseimbangan dengan melakukan pelbagai pergerakan seperti berpusing, menari, memanjant, atau melompat untuk mengembalikan keseimbangan tubuhnya.

Foto Kredit : drolesdemums.com

Foto Kredit : drolesdemums.com

4. Daya Fokus Mereka Masih Pendek

Adalah normal bagi anak kecil yang berusia sekitar 2-3 tahun berasa mudah terganggu, cepat bosan, sangat aktif, dan sukar mengawal perbuatan mereka. Maka, mereka memerlukan latihan dan aktiviti yang membantu mereka mengawal pergerakan ini.

Merujuk seorang pakar kanak-kanak, Claire Lerner, seorang anak kecil yang berusia 2 tahun cuma mempunyai daya fokus (attention span) selama 2 minit bagi satu-satu masa manakala kanak-kanak berusia 5-6 tahun pula hanya mempunyai daya fokus  selama lebih kurang 10 minit.

Maka, tak hairanlah mereka agak susah untuk duduk diam di meja makan atau di dalam kelas, lebih-lebih lagi apabila tiada sesuatu perkara yang menarik perhatian mereka.

Foto Kredit: babycenter.com

Foto Kredit: babycenter.com

5. Mereka Perlu Meneroka

Dalam usia ini, anak-anak perlu bergerak untuk berinteraksi dengan dunia luar. Ia adalah tindakan semulajadi yang dipelajari sejak lahir. Buktinya, mereka lebih dahulu pandai bergerak berbanding bercakap atau membaca.

Seperti yang dijelaskan oleh KQED News, pergerakan adalah cara mereka berkomunikasi, bereksplorasi, dan merasai pengalaman. Malah, pengalaman ini membantu mereka untuk memahami konsep abstrak seperti teori fizik dan matematik dengan lebih baik!

Perwatakan anak bongsu

Anak Terlalu Aktif Boleh Dikawal

Jika anak terlalu aktif hingga mencederakan diri sendiri dan membahayakan orang di sekeliling, ibu bapa boleh membantu mereka dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat. Selain itu, anda juga boleh memperkenalkan aktiviti yang selamat dan seronok dengan melibatkan diri dalam permainan bersama mereka.

Buat pengetahuan anda, ADHD amat sukar dikenalpasti di kalangan anak kecil di bawah 5-6 tahun. Jadi, jangan terlalu cepat melabel anak sebagai hiperaktif atau ADHD kerana anak kecil sememangnya perlu bergerak aktif setiap hari!

Yang Popular

To Top