Kasihan melihat kanak-kanak ini yang tertelan Baby Crystal itu dan akhirnya dia muntah hampir 40 kali.
Baby Crystal tersebut membesar di dalam usus. Semakin banyak air, semakin kembang objek tersebut.
Perkongsian kali ini adalah daripada Puan Ika Tieqa menerusi laman status di Facebooknya mengenai anaknya yang tertelan baby crystal.
Beliau berharap melalui pengalamannya ini, ramai ibu bapa di luar sana akan lebih berwaspada dengan setiap objek yang dipegang dan dimain oleh anak mereka.
Sudah berpuluh kali muntah dan rupanya usus semakin membengkak kerana Baby Crystal semakin mengembang di dalam usus.
SHARE sebanyak mungkin. Apa yang saya lalui ni, saya tak nak berlaku dekat baby-baby aktif lain.. tolong lah…
terima kasih yg mendoakan lily.. jasa korang tak terbalas.. semoga cerita ini menjadi iktibar…
aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kat bawah) sejak dulu. aku pantang nampak benda ni. its ok kalau dia dah direndam dalam air tapi kalau benih yang belum di rendam tu, tolong lah..Buangkan nya ! aku menyesal.. aku sangat menyesal …
Hari jumaat malam, iriss main benda ni. tak tau la mana dia dapat.. dia sorok-sorok.. kemudian benda tu tertumpah! budak yangg dalam gambar ni, nama dia lily.. aku lebih suka panggil ica sebab tiap kali panggil ica, dia akan toleh dan senyum…ica 10 bulan.. masih taktahu apa-apa dan obses dengan makanan ..semua makanan..mungkin ica ingat tu makanan.. ica makan.. bila aku sedar dia main benda tu, rupanya,, ica dah termakan sebiji dari benih tu.. tanpa aku sedar!
Aku ni memang jenis alert dengan kesihatan anak-anak aku. kalau tunjuk reaksi negatif, mmg aku cepat-cepat bawak at least pergi klinik.
kesan dari benda ni dia sangat cepat. dalam dua jam, ica muntah-muntah. aku tak syak lagi dia makan benda tu. aku ingat dia muntah kahak.. 3 kali dia muntah malam jumaat tu.. hari sabtu, aku cadang nak pegi specialist allen batu pahat, gigih aku bangun awal pagi.. sampai-sampai je , klinik tutup.. aku patah balik pt raja.. haritu, ica muntah 8 kali.aku pegi klinik pt raja.. dia bagi ubat demam dan tahan muntah.. doc cakap ica keracunan makanan..
aku beri ubat tu tapi ica tetap muntah dan muntah.. Allahuakhbar.. kuasa Allah tu besar.. Hati aku asyik terpikir benda bulat ni.. walaupun kadang ada bisikan yang menafikan tapi perasaan aku benar.. benar-benar rasa yang ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap …
hari ahad, aku pegi dr allen.. pagi2 aku pegi.. pagi tu sblm jam 12, 5kali ica muntah.. doc bagi ubat tahan muntah dan demam..lepastu doc kata ica keracunan..tapi Alhamdulillah.. doc pesan.. “i bagi u ubat tahan muntah. sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital”
aku bagi ica ubat tahan muntah.. dalam masa 3 jam.. sampai pukul 3, ica muntah lebih 6 kali (tak termasuk pagi ahad tu) aku terus pegi putra hospital. Ya, aku tak mampu cakap dgn doc tu yg ica termakan benda asing ni sebab aku tak nampak. Ahad malam tu.. hati aku meronta-ronta.. bagai menjerit..kalau boleh malam tu jugak aku nak call doc yang rawat ica..nak bgtau yang ica termakan benda ni..ica dah muntah hijau… hari ahad, lebih 25 kali ica muntah.. ica tak makan.. hari sabtu ahad dia tak makan ape pun. semua keluar balik…
aku? tak tidur..Berdoa tak lekang dari hati.. semoga Allah pindahkan sakit tu kat aku.. semoga ica sihat mcm selalu..ya allah..rindunya kat si kecik tu…
malam ahad tu.. ica lemah sangat.. aku nekad bagitau kat nurse apa kata hati aku.. dia beri ica ubat tahan sakit dengan antibiotik.. ica tidur tapi sekejap-sekejap bangun.. aku ingat lagi, petang ahad tu, doc cakap dah bagi ubat muntah paling kuat tapi kenapa ica muntah lagi??
hari isnin pagi, 8 pagi lebih, doc datang.. Aku cerita semua dekat doc padahal doc dtg tu , aku baru bangun tidur.. sebab letih sangat dah berapa hari tidur sejam dua…peduli apa..air liur basi ke ape ke, aku tetap nak bagitau doc yang ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doc tu amik berat ape yang aku ckp. dia suruh pergi xray, scan ape semua.. dan memang nampak usus ica bulat.. usus dia tersumbat sebab ada benda sedang mengembang dalam usus dia..
Allahuakhbar..Longgar lutut aku.dengan laki aku takde (urus anak sekolah) nak tak nak aku kene hadap. takde mase la nak cari bahu nak nangis. aku gagah jugak senyum depan ica.. dia nangis sambil tangan dia mengapai-gapai tangan aku.. aku peluk dia.. Aku bisik.. “ica kene kuat sebab mama tak kuat..” dia terus merengek perlahan-lahan…
lepas scan semua, pakar bedah datang.. Allah time tu aku terus standby duit , angka-angka puluh ribu bermain dlm kepala aku.. ica mesti kene bedah..
doc cadangkan hospital kerajaan.. dia kata pakar terbaik.. doc yakinkan aku. siapa aku untuk menidakkan kata-kata doc? aku pun setuju dgn suggestion dia.aku redha dan berserah pada Allah.. HSI menjadi pilihan doc.. Aku angguk.. tak daya.. tak makan ape pun dari pagi.. selera hilang …
sejam lepastu ambulans sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya org.Aku takut kalau pembedahan ica ditunda..
TAPI AKU SILAP!
doc perempuan dari HSA. Pakar terbaik aku pernah jumpa.. kata-kata dia tak melumpuhkan semangat aku. setiap kata2 dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa ica dalam tangan dia..
ica muntah.. Hitam.. doc tu cakap “adik muntah?… sikit je ye dik.. sian adik” lembut longai hati aku dengar. perasaan takut langsung hilang. aku setuju nak buat pembedahan.. tapi doc terangkan.. satu persatu.
kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak.yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantong beg utk beberapa ketika..
luruh hati beb bila dengar camni…aku sign segala surat. make up aku? tkde. dah mcm orang gila aku tau tak. aku bersila depan dewan bedah.. aku tunggu ica.. aku tak nangis.. insyaallah.. jika Allah izinkan, ica akan kembali pulih..
aku percaya dengan doc tu.
selama 2 jam 30 min aku tak berganjak dari depan bilik bedah..aku tunggu ica..at last doc panggil aku.. masuk je bilik doc, fuhh terperanjat gila kot ! besar gila ! usus ica bengkak.. nasib baik aku bawak ica awl.. kalau sampai sel usus rosak, mmg kene potong la usunya.. bersyukur berjuta kali ya allah… pembedahan berjaya dan lily stabil cuma skrg dia tidur.. belum bangun lagi..
bola tu serap air.. bola tu sangat seram bila tengok.kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akan musnah,tapi yang ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doc tu cakap ? “ada lebih besar dari ni !”
aku tak tahu nak cakap ape cuma bersyukur.mungkin benda ni korang anggap remeh tapi , bila kau yang hadapi benda ni, sumpah kau serik.. tolong la.. aku menyesal sangt sebab tak buang benda ni waktu nampak iriss bawak masuk.. aku menyesal sgt !
tolong jangan ulangi kesilapan aku. sebab kecuaian aku, perut anak kecik yang masih taktau ape2 tu dah kene belah.. sumpah menyesal!
doakan ica ye.. supaya bangun dan usus pulih dengan baik.. terima kasih ….
Semoga melalui perkongsian ini, ibu bapa di luar sana akan lebih berhati-hati dengan setiap objek di sekiling anak-anak mereka.
Jangan sesekali cuai dan memandang remeh setiap perkara kerana kita tidak akan tahu akibatnya nanti.