DIY & Kraf

DIY Tukar Kepala Paip Sendiri, Puas Hati & Lebih Jimat Bajet!

2
SHARES

Bila kepala paip dapur patah, rumit juga jadinya. Air meleleh dalam sinki. Biasalah peralatan di dalam rumah jika sudah lama digunakan pasti akan menimbulkan masalah. Lebih-lebih lagi kalau banyak tangan yang menggunakannya.

Sebelum nak panggil tukang baiki, cuba tukar sendiri kepala paip. Tak lah susah mana, jika ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Ridwan Safar. Malah lebih puas hati bila baiki sendiri dan lebih jimat bajet.

Baca juga: 3 Aktiviti Kuatkan Sistem Imun Anak Sekaligus Menjadikan Usus Yang Sihat!

Kepala paip dah patah, jadi tidak boleh gerakan dan disentuh lagi.

Pertama sekali, tutup stopcock.

Longgarkan screw collar.

Boleh gunakan tools jika kepala paip terlalu ketat.

Jadi kepala paip boleh dicabut dengan mudah seperti gambar di atas.

Jika terlalu ketat boleh gunakan tools untuk buka paip air.

Keadaan paip dah dibuka. Jangan lupa untuk bersihkan lubang terlebih dahulu. Inginkan lagi bersih boleh gunakan berus gigi.

Beli paip siap-siap. Boleh pilih design yang diingini.

Longgarkan screw collar ini dan cabut dahulu leher pipe.

Balut pita teflon, ikut arah jam. Boleh balut dalam 20-30 pusingan.

Masukkan dan pusing gunakan tangan.

Lapik dengan kain atau tisu tebal dan ikat secukup rasa. Jangan memaksa, lebih baik muat-muat sahaja.

Bersih dan keringkan kawasan ini.

Lepas buka stopcock di paip utama, biarkan 5-10 minit dan periksa jika ada sebarang leaking.

Pasang semula leher kepala pipe ikat srew semula.

Dah siap! Kepala paip boleh digunakan tanpa ragu-ragu.

Semoga manfaat!

Sumber: Facebook Ridwan Safar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×