Dapur

Resepi Apam Pisang Kukus Gebu Guna Blender. Simple & Sedap!

30
SHARES

Kalau ada banyak pisang lebih dekat rumah, memang wajib cuba resepi apam pisang ni. Maklumlah, kalau asyik buat cekodok pisang pun boring juga kan?

Di Malaysia, kek atau apam pisang telah menjadi kegemaran semua golongan kerana rasanya yang lemak, lembut, dan tidak terlalu manis.

Kalau buat sendiri dah tentulah lebih berbaloi, dapat dimakan panas-panas bersama teh atau kopi. Memang terbaik!

Jadi, kami ingin kongsikan resepi apam pisang oleh Puan Hasyyati yang sangat mudah untuk anda cuba.

Yang bujang-bujang tak perlu risau kalau tak ada ‘mixer’ dan ‘oven’, resepi kek pisang ini hanya menggunakan ‘blender’ dan alat pengukus.

Kalau tak ada alat pengukus, boleh cuba kukus atas api dengan periuk atau menggunakan ‘rice cooker’. Insha Allah, tetap menjadi.

Resepi Apam Pisang Paling Senang, Guna Blender Je

Bahan-bahan

Berikut adalah bahan-bahannya:

  • 1 biji telur gred B
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu baking powder
  • 1 penutup botol esen pisang

*Dalam tutorial ini, Puan Hasyyati buat 3 adunan terus, jadi kalau anda nak cuba buat sedikit dahulu, ikut saja sukatan di atas.

Cara-cara

1. Kisar Telur Dan Gula

Mula-mula, masukkan telur dan gula ke dalam ‘blender’. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sedikit gula. Puan Hasyyati kurangkan setengah cawan.

Kisarkan selama lebih kurang 5 minit.

resepi apam pisang

 

2. Ayak Tepung

Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, ketepikan dahulu.

resepi apam pisang kukus gebu

3. Tambahkan Bahan Dalam ‘Blender’

Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dalam ‘blender’, masukkan pula minyak, pisang lenyek dan esen pisang.

‘Blend’ lagi dalam 3 minit.

resepi apam pisang

Adunan akan jadi seperti dalam gambar di bawah ini. Warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang. Dalam resepi apam pisang ini Puan Hasyyati menggunakan pisang berangan.

cara buat apam pisang

4. Campurkan Tepung

Seterusnya, masukkan adunan tadi dalam tepung.Kaup-kaup saja dengan senduk hingga sebati.

Inilah hasilnya selepas diadun. Tak pekat, tak cair. Sedang-sedang saja ya.

5. Kukus

Sekarang, bolehlah kita mula masukkan adunan tadi ke dalam acuan. Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang.

Panaskan ‘steamer’ atau pengukus terlebih dahulu sebelum meletak acuan. Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.

resepi apam pisang kukus gebu

6. Siap

Beginilah kejadiannya. Gebu ‘gebas’, memang terliur dan rasa nak ‘telan’ sekarang. Mudah, bukan?

Rugi Tak Cuba!

Lepas ini, ramailah yang boleh mencuba resepi apam pisang yang paling mudah ini. Sedap dan ‘moist’ saja rasanya. Sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa.

Boleh dimakan panas-panas atau sejuk. Bak kata Puan Hasyyati, mesti ramai nak buat menantu!

Jadi, tunggu apa lagi. Bahannya pun mudah saja nak dapat. Mesti cuba, ya.

 

*Resepi apam pisang kukus gebu guna ‘blender’ ini merupakan perkongsian asal Puan Hasyyati melalui Facebook beliau. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian dan tips menarik, boleh ‘follow’ Facebook beliau di sini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×