Dapur

12 Resepi Periuk Noxxa Yang Sangat Mudah, Cepat & Sedap

45.1K
SHARES
Resepi periuk Noxxa

Akhir-akhir ini, periuk Noxxa bagai jadi kegilaan ramai suri-rumah. Baik di Facebook mahupun di Whatsapp, rata-rata berkongsi keinginan untuk membeli periuk tekanan tinggi (pressure cooker) Noxxa dari Amway ini.

Betul ke cepat dan pantas?

Teruja atau tidak betapa pantasnya memasak menggunakan periuk Noxxa ini? Berikut adalah antara maklumbalas dari pengguna.

Rebus telur = 1 minit

Masak popcorn = 2 minit

Masak nasi dagang = 7 minit

Masak nasi tomato = 7 minit

Masak nasi minyak = 7 minit

Rebus laksa = 8 minit

Rebus nasi impit = 20 minit

Masak sup tulang = 30 minit

Masak dodol = 30 minit

Masak gulai ayam pencen = 45 minit

Untuk orang malas?

Resepi periuk Noxxa

Bagi yang sudah memiliki periuk Noxxa pula, mulalah ‘cucuk jarum‘ dengan kawan-kawan lain, betapa mudahnya memasak. Sudahlah mudah, cepat pula. Sudahlah cepat, sedap lagi! Sungguh sesuai untuk orang yang malas masak!.

Maaf, bukan malas masak sebenarnya, tetapi wanita berkerjaya yang sibuk dengan tugas di pejabat. Jangan marah!

Resepi periuk Noxxa

Maka izinkan kami kumpulkan koleksi resepi yang sedia ada di Internet. Terlalu banyak jika ingin diletakkan dan ditunjukkan di sini. Jadi kami hanya ambil beberapa resepi periuk Noxxa untuk tatapan semua.

 

1. Daging Goreng Kunyit Noxxa

Bahan-bahan:

250 gram daging pinang – dipotong kecil
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:

1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON’. Tidak perlu tudung periuk.
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang kekuningan.

 

2. Homemade Popcorn Noxxa

Sumber: mamaqairis

Bahan-bahan:

1. Marjerin
2. Biji Jagung pop corn
3. Madu manuka

Cara-cara:

1. Panaskan pressure cooker dgn menekan button ‘stir fry’ (ingat periuk jgn ditutup)
2. Cairkan 2 sudu besar marjerin.
3. Marjerin dah betul cair masukkan biji jagung pop corn. Byknya bergantung pada marjerin yg dicairkan tu. Biar semua biji jagung tu di seliputi marjerin.
4. Offkan pressure cooker (langkah ini kena buat x blh miss)
5. Tutup periuk. (Kena keluarkan angin panas baru blh tutup periuk)
6. Tekan button High Pressure dgn bacaan 1 minit dan on.
7. Akan dengar bunyi “pop” dlm periuk menandakan biji jagung tlh pecah. Kalau bunyi “pop” dh x de walau pun masa blm tamat off kan sahaja, utk mengelakkan biji jagung dari hangus.
8. Proses biasa sebelum buka penutup pressure cooker kena keluarkan angin panas dulu.
9. Tuang pop corn dlm bekas lain.
10. Panaskan semula periuk dgn button stir fry.(INGAT! jangan tutup periuk bila guna function stir fry)
11. Cairkan satu sudu besar marjerin.
12. Masukkan 3 sudu besar madu manuka.
13. Masukkan pop corn semula kedalam periuk dan kacau rata. Masa ni boleh offkan pressure cooker tp masih gaulkan pop corn supaya gulanya melekat pada pop corn.
14. Dah siap. Makanlah panas2…

 

3. Ayam Percik Noxxa

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ korang nak kerat pun boleh.. tapi aku syorkan kerat la yer.. ni aku just nak tunjukkan sekor ayam ni boleh muat dalam noxxa
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit halia
3 batang serai
10 sudu besar cili kisar
1/2 cup gula
1/2 kotak santan

Cara-cara:

1. Blender bawang besar, bawang putih, halia, serai, & cili kisar tu.
2. Tumiskan dalam noxxa.. korang guna mode stir fry tau
3. Masak sehingga pecah minyak, setelah itu masukkan gula & santan..
4. Masukkan sekor ayam tu.. hambek.. dalam noxxa leh sumbat 2 ekor tau..
5. Korang mandikan ayam tu dengan kuah percik tu.. pehtu korang HP dalam 10 minit..
6. Setelah siap 10 minit, korang stir fry lah ayam tu.. dan korang terbalikkan yer.. dah la ayam tu besar adehh lenguh tangan aku nak godek untuk terbalikkan dia tau.. nyesal pulak rasa….
7. Siap ayam percik Noxxa.. makan dengan nasi panas pun sedap.. tapi aku meratah jer.. hahhaha

 

4. Kek Lumut Kukus Noxxa

Resepi periuk Noxxa

Sumber: pdapor

Bahan-bahan: ( loyang 7 ” x 7 “)

1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara:

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

5. Pulut Kuning Noxxa

Sumber: cookingwithummizz

Bahan-bahan:

1 kilo pulut, dicuci dan direndam 1 jam bersama sekeping asam keping
1 liter air
Kunyit/pewarna kuning
daun pandan

Cara-cara:

1. Masukkan kesemuanya di atas dalam innerpot Noxxa dan HP 6 minit
2. Offkan periuk, release pressure
3. Masukkan 1 cawan santan, gula, garam secukupnya
4. Tutup periuk dan STEAM 2 minit.

Note: Untuk 500 gram pulut, airnya 500ml. Nisbah 1:1

 

6. Daging Masak Kicap Noxxa

Bahan-bahan :

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 tangkai serai diketuk
1 biji cili merah
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
kicap manis
sos tiram
Lobak merah & tomato

Cara-cara :

1. Selepas daging sudah empuk, simpankan air rebusan tadi untuk stok. Kalau nak masak bubur anak ke apa-apa masakan bolehlah masukkan air rebusan daging ini ya.
2. Kemudian setkan periuk #Noxxa ke mod fry (menggoreng), masukkan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis bersama rempah 4 serangkai tu sampai naik bau, kemudian campakkan serai.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis secukupnya.
4. Masukkan daging dan kacau-kacau.
5. Masukkan lobak merah, cili merah, tomato dan tutup sekejap tutup periuk untuk bagi sayuran cepat masak.
6. Siap untuk dihidangkan bila rasa dah kena dengan selera masing-masing.

 

7.  Ayam Panggang ala Kenny Rogers Roasters Noxxa

Sumber: allaarief

Bahan-bahan:

Seekor ayam yang telah dibersihkan
1 biji buah lemon
2 sudu mentega
Kertas Aluminium

Bahan – Bahan yang perlu dikisar:

2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 biji bawang besar
1 inci halia
sedikit herba campuran
sedikit lada hitam
oregano
2 kiub ayam
2 sudu madu
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
lada putih
3 sudu gula perang
sedikit garam.

Cara-cara:

1. Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam untuk hasil yang memuaskan.
2. Masukkan mentega ke dalam periuk
3. On ‘stir=fry’ selama 4 minit
4. Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)
5. On ‘High Pressure’ selama 30 minit
6. Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak terlalu kering)
7. On ‘High Pressure ‘selama 1 jam.

 

8. Kek Coklat Cheese Kukus Noxxa

Resepi periuk Noxxa

Sumber: outsnabouts

Bahan A : Di ayak:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking soda

Bahan B: di pukul sehingga kembang :
1 biji telur
1 cawan gula perang
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Bahan C : lapisan cheese : dipukul
2 biji telur
250gram cream cheese
30gram tepung gandum (anggaran 2 sudu makan)
100grm white choc (dicairkan)

Cara-cara:

1. Campurkan bahan A dan B. Gaul sehingga sebati
2. Lumur loyang dengan minyak masak. Masukkan separuh adunan coklat ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya bila kita steam air x jatuh semula dalam adunan
3. Masukkan lapik steamer di dalam periuk noxxa masukkan air sehingga paras bawah lapik steamer
4. Letakkan loyang adunan coklat di atas lapik steamer di dalam periuk noxxa
5. Tutup tudung periuk dan set kan tombol kepada Steam. Tekan function Steam 15 kali = 15 minit
6. Selepas 20 minit bebaskan steam dari periuk dan buka penutup.
7. Masukkan adunan cheese ke dalam loyang. Tutup balik dengan aluminium foil
8. Tambahkan air untuk steam sebab by this time air dah kurang
9. Pusing tombol ke Steam. Tekan function Steam 15 kali = 15 minit
10. Selepas 15 minit, bebaskan steam buka tudung dan masukkan adunan coklat selebihnya ke dalam loyang.
11. Tutup semula loyang dengan aluminium foil, set kan tombol kepada Steam dan tekan function Steam 15 kali = 15 minit
12. Check untuk menentukan kek dah masak menggunakan lidi. Jika lidi yang dicucuk ke dalam kek keluar tanpa terlekat its means dah masak la tu
13. Dah masak dan sejuk keluarkan dari loyang. Curahkan coklat ganache

 

9. Bihun Goreng Noxxa

Resepi periuk Noxxa

Sumber: honey lemon

Bahan-bahan:

2 tsb minyak untuk menggoreng
1 Bungkus bihun (basuh dan toskan—tak perlu rendam)
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
2 camca besar cili kisar (nak lagi pedas..sila tambah)
4 tsb sos cili
6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)
3 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
3 pokok sawi (cuci besih dan potong)
2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)
1 keping tauhu (goreng dan dadu)
2 biji telur (dibuat telur hancur)
Fish ball dan fish cake- boleh ditambah…
Segenggam udang kering-diblender kering
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang dihiris halus
Cili merah-dihiris halus
bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara:

1. Masukkan minyak kedalam periuk
2. Tekan fungsi “STIR FRY” dan ON untuk memanaskan minyak
3. Bila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan
4. Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicap
5. Kacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejap
6. Masukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika suka)
7. Masukkan 2 cwn air kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan garam dan serbuk perasa..
8. Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata…
9. OFF kan fungsi “STIR FRY”
10. Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan STEAM (tombol akan terangkat)
11. Tekan fungsi “STEAM” selama 2 minit dan tekan ON
12. Biarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi WARM/PREHEAT
13. Buka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)
14. Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit, tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng bihun secara guna dapur biasa.)
15. Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
16. Boleh tambah cili kicap atau sos…terpulang pada selera masing-masing

 

10. Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa

Resepi periuk Noxxa

Sumber: dapurustazah

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara-cara penyediaan ayam:

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

 

Bahan-bahan Nasi:

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan nasi:

1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
2. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
3. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
5. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
6. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

 

Bahan-bahan sos:

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon

Cara-cara penyediaan sos:
(Semua bahan ini dimesin halus)

 

11. Kek Nutella Cheese Noxxa

Sumber: cookingwithummizz

Bahan-bahan:

10 oz biskut cracker
5 sudu mentega
1/3 Nutella
3/4 cawan kacang hazel yang dibakar (dicincang)
1 lb krim keju
1/2 cawan gula yang dikisar (diayak)

Cara-cara:

Pecahkan biskut cracker ke dalam mangkuk, tambah mentega dan sesudu besar Nutella, gaulkan sehingga sebati. Kemudian, tambahkan kacang hazel tadi dan gaulkan sehingga adunan menjadi lembap dan seolah-olah berpasir.
Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan dengan tangan anda dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil krim keju dan gula yang diayak, dan campurkan dengan baki Nutella. Pukul kesemuanya sehingga campuran menjadi lembut.
Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan ratakan campuran Nutella yang diadun tadi dengan berhati-hati. Taburkan kisaran kacang hazel di atasnya dan masukkan kembali ke dalam peti sejuk sehingga 4 jam atau lebih.
Sedia untuk dihidang.

 

12. Rendang Ayam Noxxa

Bahan-bahan:

1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
11. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah guna fungsi WARM-REHEAT.

Lagi resepi Noxxa:

Sebenarnya, ada banyak resepi Noxxa yang sedap-sedap. Semuanya senang. Sila ikuti pautan mengikut kategori di bawah untuk mencuba.

 

Ayam

Ayam masak kapitan Noxxa

Ayam goreng kunyit Noxxa

Kari ayam Noxxa

Rendang ayam kampung Noxxa

Kurma ayam Noxxa

Asam pedas ayam Noxxa

Gulai itik Noxxa

 

Ikan

Asam pedas ikan pari Noxxa

Sardin homemade Noxxa

 

Udang

Udang masak lemak Noxxa

 

Daging

Kari tulang daging lembu Noxxa

Nasi daging istimewa Noxxa

Murtabak roti daging Noxxa

Asam pedas daging tetel Noxxa

Beef stew Noxxa

Daging masak hitam nasi kandar Noxxa

 

Kambing

Kambing bakar Noxxa

 

Nasi

Nasi lemak Noxxa

Nasi goreng Noxxa 1

Nasi goreng Noxxa 2

Nasi tomato Noxxa

Nasi ayam Hainan Noxxa 1

Nasi ayam Hainan Noxxa 2

Nasi ayam Noxxa

 

Sambal

Sambal tumis daging Noxxa

 

Mee

Mee bandung Noxxa

 

Laksa

Laksa Johor Noxxa

 

Ketupat

Ketupat palas Noxxa

Nasi impit

 

Roti

Roti sarang lebah Noxxa (breadmaker)

Agar-agar roti Noxxa

Mexican bun Noxxa (breadmaker)

Donut gebu (breakmaker)

 

Kek

Kek coklat Noxxa

Carrot cake Noxxa

Kek pisang Noxxa

Kek buah Noxxa

Kek coklat kukus lapis Noxxa

Kek gula hangus Noxxa

 

Kuih

Dodol homemade Noxxa

Kuih lopes Noxxa

Kuih kaswi Noxxa

Apam balik Noxxa

Sira labu Noxxa

 

Puding

Puding aiskrim Noxxa

Puding karamel Noxxa

 

Sup

Sup tulang Noxxa

 

Western

Spaghetti Bolognese Noxxa

Macaroni bakar Noxxa

 

Bubur

Bubur pulut hitam Noxxa

Bubur cha cha Noxxa

 

Buah-buahan

Pulut mangga Noxxa

 

Sayur-sayuran

Pajeri terung Noxxa

 

 

 

Bagaimana dengan anda?

Ada resepi Noxxa yang ingin kongsikan dengan kami? Sila kongsikan di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×